19.2.10

Misi mencari ayam penyet

Kawan aku ada cerita ada kedai makan ayam penyet baru buka kat Ipoh. Tapi disebabkan banyak kerja, pastu Ipoh tu jauh gak kalau nak pergi semata2 sebab nak makan, niat nak rasa nasi ayam penyet tu tak tertunai la kan. lagi2 ekonomi tengah gawat gila sekarang ni..hihi..aku pun makan jek la kat kafe dalam utp ni jek. Tak sedap pun bantai makan gak la..susah nak jumpa makanan yang sedap kat utp;p

Kebetulan khamis lepas, kawan2 aku ajak jumpa kat Ipoh. Sorang dari Kajang, sorang dari Teluk Intan dan sorang lagi dari Kuala Kangsar. Saja jek la sebab da lama tak jumpa. Borak2, update cerita pastu leh makan2 sekali. Nak ajak lepak bilik kat utp tak boleh lak sebab dorang lelaki. Tak hensem lak tuh.haha

Kami yang mencari ayam penyet
Abg Am, Kak Long, aku, Yan, Adly dan Zam(tukang amik gambar)

Aku dari utp datang dengan Kak Long ngan Yan. Bila da jumpa tuh, bincang punya bincang kami berenam pun decide la nak lepak kat kedai nasi ayam penyet. Tapi sebenarnya semua tak pernah pergi pun..Tapi buat2 yakin jek la kan. Tapi memang berpusing2 la cari jalan. Da nampak da kedai tuh, tapi jalan masuk lak tak jumpa. Bila da jumpa, parking lak tak de..hahaha..dugaan tul la

Dipendekkan cerita, tak dapat makan ayam penyet malam..sedih tul la.huhu..tapi penyelamatnya kitaorang lepak McD jek la. Lagi senang. Buka pun 24 jam. Tempat pun selesa..ayat sedapkan hati sendiri;p

gambar candid yang ntah apa2;p


Abang Am yang sibuk nak balik awal sebab kasut sekolah tak basuh lagi!


Yang tengah tu Kak Long ye. Yang teramat kecoh malam tuh..hihi



Niat hati nak lepak lama2 sikit. Banyak cerita nak kongsi. Tapi Abg Am da merengek2 nak balik awal. Sebab sok dia kerja. Buku persediaan mengajar tak siap tulis lagi. Baju tak iron lagi..macam2 la..alahai camni lah kalau jadi cikgu kan...



5 comments:

  1. bila la i nak pi pekena ayam penyet ni

    ReplyDelete
  2. hihi.dtgla ipoh.ijan blnja ayam penyet

    ReplyDelete
  3. suka pergi ayam penyet jugak!!! wajib order... air red plum.. fuh!! terbayang2 restoran ayam penyet kat puchong sbb kat kuantan xda.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. ko wt aku terliur la..huhu. jom lah g mkn ayam penyet sme2..

    ReplyDelete