4.1.10

Kala Jengking menakutkan!!

Aku sangat2 bersyukur kerana terselamat dari disengat kala jengking. memang menakutkan sampai malam tadi tumpang tidur bilik kawan. tu pun takut buka2 mata kala jengking tu ada depan mata.huhu..takut sangat2!

ceritanya malam tadi. dalam kul 1 lebih pagi aku cam biasa la. nak tidur. da siap2 tutup lampu semua, tapi laptop aku tak off jadi terang sikitla bilik kan. aku pun baring atas katil, selimut ngan toto. memang da ngantuk sangat la sebab kena bangun awal hari ni nak uruskan pasal conference.

tiba2 aku terdengar cam bunyi pelik tapi slow jek. cam bunyi srit..srit. rasa tak sedap hati aku pun buka la mata. nak tau apa aku nampak??

ni dia..kala jengking besar+menakutkan!

Ya Allah! kala jengking tul2 depan muka aku sambil goyangkan sepit kiri kanan yang besar tuh!! kala jengking tu ada atas toto jadinya aku selimut sampai leher. tu yang binatang tuh tul2 depan muka aku sebab kat hujung toto (eh faham kan posisi kala jengking ni)

disebabkan terperanjat, aku terus kibas toto tu sampai kala jengking ni terpelanting ke lantai. dalam takut2 menggigil tu aku capai botol, tutup kala jengking tuh dengan botol bagi tak lari. takut..blur..pening tak tau nak buat apa.

last2 aku keluar pergi bilik kawan aku. dia dah tidur tapi aku kejut gak. mintak dia tolong fikir nak buat apa.haha. tapi tu lah..aku takut. dia pun takut sebab kala jengking tu besar..lebih sejengkal panjangnya. pastu kitaorang decide masukkan dia dalam botol, tutup rapat2. atas penutup botol tu lubangkan sikit bagi binatang tu boleh bernafas. tapi tetap rasa tak selamat. aku letak lak botol tu dalam baldi. punyalah takut kan. padahal tak boleh pun binatang tu nak keluar sebab da tutup botol tu rapat2 (^.^)

bangun2 pagi tadi tengok kala jengking tu hidup lagi. nak bela tapi kesian lak kalau kala jengking tu mati tak biasa dok dalam botol. jadinyaa..aku ngn kawan aku dah lepaskan dia dalam semak tadi. nak amik gambar tapi sebab takut kala jengking tu besar sangat, tak jadi.hihihi

da abis da cerita pasal kala jengking. fuh..tapi aku still terpikir2..camne kala jengking tu ada dalam bilik aku ek?? tak ada jawapan yang penting bersyukur Allah selamatkan aku. Amin..

aku bangun lambat pagi tadi sebab tak boleh nak tido, rasa tak selamat kalau2 ada kala jengking nak sengat. bangun kul 10++ pagi dan terlepas subuh..huhuhu



11 comments:

  1. Syukur..
    Sekali sengat,huishh..

    ReplyDelete
  2. bahaye sungguh... slamat de pape...

    ReplyDelete
  3. slamat xde pape kan dayana;)

    ReplyDelete
  4. tgk dlm satu dokumentari,
    kalau kala jengking besar sengat bisanya
    tak sesakit bisa yang kecik. tp bkn takat kena sengat, tgk haiwan ni pn dah gigil takut. huhu...
    nasip baik ijan tak kena sengat :)

    ReplyDelete
  5. ye ke..tapi tul la.nmpk pun da gigil takut.huhu
    siap tny kwn g tul kn ni kala jengking.sbb xnk cayer;P

    ReplyDelete
  6. sy ada bela kala jengking.. :) nice juga kalo dpt yang besar cam awak jumpa tu.. tapi kalo da besar sgt takut pula kan... sy punya Scorpio --> nama dia.. x la besar camtu..panjang 1 jari je.. kalo ekor tegak sejengkal ada la..

    ReplyDelete