27.1.10

Mudahnya lelaki ni menipu..



Ini kisah benar. bukan rekaan. tapi aku tak kata semua lelaki penipu la. sebab nanti aku akan berkahwin dengan seorang lelaki gak. takkan perempuan kot..hihi

Kawan aku berkenalan dengan seorang lelaki melalui internet. da kenal, mesej2, calling2..dorang pun berjumpa la..pastu dipendekkan cerita dorang bercinta. memang serius la, lelaki tu pun cakap dia dah ada cukup simpanan untuk kahwin, tinggal tunggu dia habis belajar jek. kawan aku ni mestila suka kan..rasa bertuah sebab dah jumpa lelaki terbaek..Mr. Right

Entah macam mana, tetiba lelaki tu senyap jek. dah tak mesej2..call lagi lah tak. kawan aku call banyak kali selalu dia tak angkat. macam2 la alasan. Handphone tertinggal kat rumah lecturer la..tengah dalam kelas la..busy yang teramat la..macam2la.. Dipendekkan cerita lagi sekali, last2 dorang pun putus.haha

Aku ingat dah abis la pasal ni. Buatla hal masing2 kan. Tapi baru beberapa hari lepas, si lelaki ni call semula kawan aku. Cakap dia masih cintakan kawan aku..bukan kemahuan dia hubungan dorang putus..bla2

Ni cerita lelaki tu lah. Pastu korang nilai cerita ni tipu ke kisah benar..hehe

Mak dia dah tau dia bercinta. mak dia marah gila2 sampai nak doa yang tak baik akan berlaku kalau dia teruskan bercinta. Dia taknak nanti kawan aku jadi menantu yang dibenci. Baik dia putuskan hubungan. Lepas tu ada satu kongsi gelap tengah buru dia sekarang. Ada seorang kawan perempuan dia dah ter mengandung luar nikah tapi pakwe perempuan tu taknak bertanggungjawab. pastu dak perempuan tu tuduh dia yang buat. jadinya bapak perempuan tu upah kongsi gelap tuk buru dia. suruh dia bertanggungjawab. Dia dengan berani dan macho nya dah pergi jumpa bapa kepada perempuan tu beritahu cerita sebenar. perempuan tu pun mengaku memang bukan dia yang buat. tapi seorang anak Tan Sri...sekarang ni baru dia aman sikit sebab kongsi gelap dah tak buru dia lagi..

Haa..lepas baca cerita ni, korang rasa camne? boleh dipercayai ke tidak? ke aku jek yang rasa cam drama swasta kat TV.hahaha



8 comments:

  1. erm..kalau xnak fikir bruk.. mungkinla kot...tp yang baiknya.. x pyhla...
    biarla berkwn dgn org yg bnr2 kite knal luar dan dlm..

    i don't want banana fruit two times..
    (bak kata adnan sempit)

    xnak pisang berbuah dua kali kalau dikecewakan nanti..

    rasenye..cari je yg lain..lagi afdal..

    ReplyDelete
  2. mak aihhh, kalah drama korean yang dok main kat tv tu haaa cerita dia.
    takdenye tu, menipu jek.
    kot2 lelaki tu tak betul ke, dia ade split personality ke, ish, kawan I memang ada yg gitu, rajin benar mereka-reka cerita pasal hubungan dia. :(

    ReplyDelete
  3. Dah name pun tak matang.. die igt pompuan zaman skrg ni bodoh mcm die kowt~

    *emo emo*

    ReplyDelete
  4. i don't want banana fruit two times..tul tul tul.hihi

    haha. tul la. baik dijauhkan. mungkin la de split personality. tu yg merepek meraban tuh;p

    rilek dee.jgn emo2. mmg mamat tu bdoh pun.haha

    ReplyDelete
  5. tu laa..xleh dpercayai kn..;p

    ReplyDelete
  6. tu la nk kencing x agak2..mmg drama king btul..nak gelak xsampai ati, dia dh pnat2 pk auta dia kn..haha

    ReplyDelete
  7. len kali ckp kt die..nk kencing g toilet please!!haha..

    ReplyDelete