11.1.10

Tips bila jumpa kawan baru

lama gak ek aku tak tulis entri baru. kat rumah laptop pun tak sentuh.

aku tadi baru lepas tengok AJL. tapi malas lah nak cerita pasal ni. mesti ramai punya blogger lain yang akan komen pasal ni. aku...bersikap terkecuali. yang menang memang da rezeki. tu jek laa..tapi adegan tunjuk pusat tu kelakar. tapi hampeh!

ok..kawan. sahabat. teman. insan2 yang memang kita perlukan selain ibu bapa, adik beradik,sedara mara, kekasih. tapi kena berhati2..ini pengajaran yang aku dapat la selepas hampir 25 tahun hidup. ye kawan2..berhati2!

tips yang aku bagi ni pun mengikut pandangan dan pengalaman. mungkin ada yang rasa eh mana boleh camtu. bla bla bla. ok buatla entri tips sendiri.hehe

mari kita mulakan..tips bila jumpa kawan baru

1) kalau tetiba jumpa kawan baru, tegur2 cam biasa jek. tak payah la nak terlebih peramah. nanti kawan tu bosan lak. sampai dalam hati cakap..bilalah minah ni nak berhenti cakap ni..

2) tak perlu cerita asal usul keturunan sampai ke akar umbi. cerita sikit2 cukuplah. bukannya sesi temuramah ke apa kan. kadang2 bila terlebih cerita ni boleh buka pekung kat dada sendiri. da kenal lama no hal la kan..

3) jangan letak 100% kepercayaan kat kawan baru. kenal dulu hati budi orang tu camne. nak cerita apa2 pun sila tapis2 ye. jangan sampai kat belakang kita minah tu dok putar belit cerita kat orang lain.

4) tak payah nak baik sangat. nak tolong pun agak2 jek la. ni kejam sikit tapi aku rasa perlu sebab niat baik aku pernah disalah erti. jadinya..aku memang nekad taknak baik sangat dengan orang yang baru kenal

5) kalau kawan baru tu jenis yang suka cerita pung pang pung pang..dengarkan jek. tak perlu bagi komen. kalau rasa salah pun tak payah tegur la. biarkan jek dia dengan dunia cerita dia. nanti da kenal lama baru tegur. mana lah tau kan minah tu jenis sentap

6) berhati2 tak semua orang sama niat dengan kita. mungkin niat kita nak berkawan tapi niat dia lain. pandai2 bawak diri.

7) hal2 kawan2 kita yang lain tak payah cerita dengan kawan baru ni. nanti kalau jenis yang suka exaggerate ni lain lak cerita yang dia sampaikan

banyak dah ni..tapi cam ada lagi. nanti2 aku sambung lagi. hihi.

berdoa sama2 supaya kita tak kena tikam dari belakang oleh kawan sendiri (^.^)




No comments:

Post a Comment