30.1.10

Why I Like It Longer

Share my life, take me for what I am
Cause I'll never change all my colours for you
Take my love, I'll never ask for too much
Just all that you are and everything that you do
...
...
...
Dont make me close one more door
I dont wanna hurt anymore
Stay in my arms if you dare
Or must I imagine you there
Dont walk away from me
I have nothing, nothing, nothing...

Hukhukhuk..sedih tak sedih lagu. Aku menyanyi dengan penuh emosi tapi dalam bilik seorang diri jek la. Nanti kalau nyanyi kat tempat awam, boleh bernanah telinga kot.Ini semua pasal kecewa la. Frust!! Bukan sebab kecewa bercinta..bukan sebab gagal peperiksaan..bukan sebab kena tipu ke apa.

Tapi..sebab..

Menyesal tak masuk ujibakat My Starz LG!!

Kalau masuk mesti aku terpilih pergi ke peringkat seterusnya. Lepas tu seterusnya lagi. Lepas tu layak masuk FINAL.hoho..perasan macam suara setanding Tom, Hafiz dan Sara. Eh kenal tak siapa budak tiga orang ni?? Finalis My Starz LG la. Cerita selanjutnya boleh baca kat sini. Malam kemuncak final 31 Januari 2010. Jom luangkan masa tengok.

Sangat sedih. Sebab utamanya..hadiah yang menggiurkan!! Paling-paling menggiurkan sebab dapat LG Chocolate BL40. huhu..aku suka. Suka sangat dengan handphone ni. Sangat-sangat terpikat lebih-lebih lagi bila lihat kepanjangan handphone ni. Jadi...

Why I Like It Longer

Sebelum tu mari kita lihat dulu gambar LG Chocolate BL40 ni puas-puas. Dari pelbagai sudut. Dah puas tengok baru aku cerita kenapa..;p


Dah puas tengok gambar mari lihat pula sebab-sebab aku sukakan kepanjangannya..let's check it out babe!!

1) Handphone ni touch screen dengan skrin yang PANJANG. 4 inci ye. Nak taip mesej best tuh. Tak adalah dengar bunyi keypad ketak ketuk sampai nak taip mesej pendek jek lepas tu cepat-cepat send sebab malu orang dengar. hehe..Boleh lah taip mesej dengan aman dengan touch screen tak keluarkan bunyi. Lagi best sebab bila dah taip mesej berjela-jela tak perlu kena tekan keypad atas bawah kiri kanan bila nak semak mesej tuh semula. Skrin PANJANG. I like it!!

2) Dimension handphone ni 128X51X10.9 mm..PANJANG dan sangat nipis. Aku boleh simpan dalam kocek seluar jean tak adalah nampak terbonggol gemuk kan. Kira macam cantik jek kan bila tiba-tiba keluarkan handphone dari poket sampai orang tanya "Eh ada handphone rupanya dalam kocek kau"..Bangga tak?? I like it LONGER..and slim!!

3) Bab nak surf internet bila skrin handphone kecil sangat mencabar iman. Sampai rasa baik pergi Cyber Cafe kalau terdesak nak guna internet. haha..Bila dapat skrin PANJANG, bolehlah surf internet dengan senang hati. Lagi tambah cantik bila handphone ni ada Dual Screen UI dan HD LCD. Bila semak email, skrin terbahagi dua; untuk subjek email dan isi email. Bila tengok video, imej mestilah sangat cantik dan jelas. Makin PANJANG lah aku habiskan masa dengan internet lepas ni;p

4) Handphone ni kan panjang. Sesuai lah dengan aku yang tinggi ni. Barulah sepadan handphone dan tuan punya handphone. hihi..Tak kenalah kan aku tinggi tapi pakai handphone pendek, gemuk lak tuh. Tak sesuai..Handphone dan tuan punya handphone kena sama saiz. Sama PANJANG. Sesuai..;p

5) Handphone ni bukan setakat fizikal jek yang panjang. Dalaman pun PANJANG tau. Talk time boleh dalam anggaran 3.2 jam, standby time 250 jam, kamera 5 mega pixel, banyak lagi lah. Spesifikasi penuh klik sini. Makin-makinlah I like!!

Kesimpulannya..LG Chocolate BL40, I like it longer. Disebabkan itu, memang layak lah handphone ini digelar Supermodel of Phones.

Entri ini ditulis untuk pertandingan

Win an LG Chocolate Phone Just Because You Like It Longer.



1 comment:

  1. cam best jek contest ni.nk join gk la!!

    ReplyDelete