16.7.10

Tersedekah kat Jusco

Jumaat lepas tinggal aku berdua jek kat rumah. Aku dengan Didi. Aku ajak lah Didi pergi Jusco sebab nak beli buku. Didi pun on jek sebab esok tu kan cuti. Boleh lah bersenang-lenang sikit..Sikit. Hehe..Dah petang gak masa tu. Dekat pukul 6 pm gak baru keluar.

Sampai2 Jusco, terus beli buku yang aku cari pastu plan mengejut; tengok wayang. Masa beli tu, rembat jek la cerita apa yang ada dan sesuai dengan waktu. Kalau tiket malam sangat, nanti lambat sangat sampai bilik. UTP-Jusco tu agak jauh ok. Hehe..Jusco tak salah. UTP yang salah sebab dok kat pedalaman sangat:P

Yang available citer Zoo dengan Despicable Me jek. Zoo taknak tengok, Despicable Me pulak tak tau menahu cerita apa. Yang taunya kartun. 3D lak tuh. OK jek la. Kartun pun kartun lah. Akhirnya aku dan Didi pun tengoklah cerita Despicable Me.

Best gak cerita ni. Korang dah tengok lum?? Gi2 tengok. Aku sokong sebab berbaloi2..hihi. Lagi syok kalau dapat seat tengah2.


Habis tengok wayang, singgah Guardian. Rancang nak beli Toblerone jek. Last2 benda lain yang beli. Toblerone tak beli. Hampeh aku ni..xoxo

Tu perkara biasa jadi kan kat korang gak kan..lalaalla~

Aku beli 2 benda ni. Yang Thermal Spring Water tu dah guna. Best2. Yang cleanser tu belum lagi. Dah cuba nanti aku komen:)

Yang best nya Thermal Spring Water ni sebab main spray2. Sejuk jek rasa. Lepas dah cuci muka, aku spray. Kalau tension2 pun aku spray gak kat muka. Bagi segar balik. Stay up malam2 rasa macam dah penat sangat, aku spray gak. Rasa segar dan hilang sikit penat.

Yang cleanser ni entah bila nak pakai. Cleanser sekarang tak habis2 lagi. Tu lah tamak takut tak sempat beli baru, yang lama dah habis. Last2 sekarang cleaser ni buat hiasan dalam almari..hehehe



Nak balik tuh, gelabah ok aku. Tiba2 aku sedar tiket parking Jusco aku takde dalam handbag. Hilang!! Patah balik kat semua tempat aku pergi pun takde. Siap masuk check dalam wayang pun takde. Semua tempat pun takde. Aku pun tak sedar bila tercicirnya. Ape ke bala tetiba ni..huhu. Merata cari tak jumpa.

Last2..jalan terakhir. Pergi kaunter servis Jusco, dorang bagi kad baru. Melayang 20 hinggit!! Tak pasal2 tapi memang salah sendiri. Redha jek lah.

Didi baik ok. Dia nak share bayar. Tq tau Didi

Lepas ni pergi Jusco, tiket parking simpan elok2. Tapi kalau memang nak sedekah 20 hinggit tak pe lah:P





2 comments:

  1. it's really YOU ok! niat beli lain, beli benda lain.. hahaha

    ReplyDelete
  2. hehe. tu lah pasalnya;p u know me well kan..

    ReplyDelete