26.10.10

Suka makan ni ke ni?

Semalam tak tersempat nak update blog. Niat dalam hati nak update setiap Isnin-Jumaat. Sabtu Ahad update kalau ada masa. Tapi semalam dah ter 'missed' lak..Sori kat diri sendiri. Hehe

Jadual minggu ni macam sangat2 lah. Dah nak hujung bulan 10 dah. Ada kerja yang kena hantar hujung bulan ni. Report lab Fizik II ada dua group tak sempat 'marking'. Campur minggu ni, ada 4 group!! Waa..banyak!! Sabar jek lah kan. Dah sendiri nak kerja pastu belajar. Kalau tak kerja tak de duit lak.

Pukul 1 ni ada kelas lagi sampai pukul 3. Aku tak rasa pukul 3 habis, mesti meleret2 sampai pukul 4 ni kang..Ekperimen minggu ni banyak benda nak kena buat. Tau la kan nanti budak2 ni, ada jek yang buat ikut kepala sendiri. Lab manual tak nak baca. Ketuk kang kepala tu..Haha. Suka2 hati aku jek nak ketuk anak orang

Nak share sikit Tweet dari Dr. Fazley pasal sifat seseorang dengan makanan yang diorang suka makan. Mana tau ada kena mengena dengan kita..


Orang yg sukakan nasi ayam lebih romantik dari orang yg sukakan nasi goreng ayam :)


Orang yg suka minum milo lebih perahsia daripada orang yg suka minum teh tarik, tetapi tidak selantang orang yg suka minum kopi :)


Orang yg suka makan kuey teow egonya lebih tinggi daripada orang yg suka makan mee :)



Jika anda suka makan ayam goreng, anda mungkin mudah dilukai orang, jika anda suka makan burger, anda mungkin mudah melukakan orang lain


Macam mana?? Ada yang kena tak..Hehe

Oklah, nak lunch dan ke kelas. Oh, hari ni student banyak pelajar non-Malaysian..Kurniakan lah aku kesabaran yang tinggi, Ya Allah. Amin




2 comments:

  1. 1) teh tarik > milo > kopi
    2) kuey teow > mee
    3) burger > ayam goreng

    owh, sgt sifat2 keji.

    kesian kau ada kawan cam aku.. huhu

    ReplyDelete
  2. haha. xpela aku redha. ngehngeh

    ReplyDelete