25.8.11

Menyentuh hati dan perasaan

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Aww..hari ni mood jiwang dah datang..haha:p Sekali sekala takpe kan..hihi. Orang lain sibuk mood raya jek..dengar lagu raya, beli biskut raya, shopping baju raya, kira2 duit untuk duit raya, semua2 lah raya..

Aku lak?? Nak raya tapi gaji masuk raya ke-2. Apa pun tak boleh. Jadinya sekarang ni redha jek lah persiapan raya tanpa duit banyak. Haha..Baju raya pun sehelai jek. Tsk.

Best sangatlah lagu ni. Macam ucapan jujur seseorang kepada kekasihnya. Yelah, semua nak terbaik dalam perhubungan tapi kita cuma boleh merancang jek. Mungkin pihak yang lagi satu tak serius mana pun. Akhirnya...hubungan pun terputus. Tapi kuatkan semangat ye. Ada yang lebih baik menanti kita nanti. Yang hubungan berkekalan, tetapkan hati supaya cinta kita kepada kekasih tak melebihi cinta kita kepadaNya ye;)

Souce lirik di sini


No comments:

Post a Comment