9.9.11

Pantang-larang untuk bakal pengantin

 Ni entri auto-publish. Sebab aku nak tunggu masa balik kerja. Lambat betul waktu berjalan. Sampai dah tak tau nak buka website apa untuk habiskan masa..Hahaha


Mehla kita baca pantang-larang ni. Baca jek. Aku tak paksa amalkan. Tu ikut individu. Aku? Haha..tengoklah kalau rajin aku buat;p

Sumber dari sini ye:)

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri ---> aku jumpa sebulan sekali pun payah. huhu


2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.---> aku tidur rumah sewa sendiri jek. Selamat..

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.--->ni macam payah sikit nak buat

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.--->kalau ingat leh la buat..hihi

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.--->memang tak makan. Lagi satu selamat

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.---> alamak. Boleh ke?


8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.--->lama gila dah tak minum

9. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.--->ni selalu dengar


10. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)--->ni aku yakin aku tak boleh buat. Pitam kang

11. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.--->uhuk. Seafood lah best!

12. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.--->cam best jek;p

13. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.--->alahai. payah ni!

14. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

15. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.--->aku pernah makan jamu sebab kawan aku cakap boleh naikkan berat badan. Tapi...nan ado pun hasilnya

16. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

17. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

18. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

19. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

20. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.--->eyeliner kena simpan la ye ni?!

21. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.--->baru beli jus jambu batu sebotol besar. Hehe

22. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.--->tak pernah lagi terlintas nak cukur kening. hehe

23. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.--->ni no komen. 

24. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

25. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

26. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

27. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.--->ni biasa buat. Takut tul perut buncit;p

28. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.--->fikiran merewang la ni


Ada banyak lagi tapi aku ambil yang bersesuaian jek. Lagi di sini.



No comments:

Post a Comment