23.12.11

Jauh

Aku belum cerita langsung lagi kehidupan aku selepas bergelar isteri ni kan. Ok, hari ni nak cerita.

Aku sekarang bekerja nun jauh di Kedah. Suami aku pula di Johor Bahru. Jauh? Sangat..Aku menyewa rumah kat sini, dan tinggal sorang. Kalau cuti panjang barulah Ary datang. Tapi disebabkan Kedah cuti Jumaat & Sabtu, Johor lak cuti Sabtu & Ahad, sangatlah susah nak jumpa. Lagi2 Ary kerja half day setiap Sabtu.

Perjalanan dari JB-Jitra ambil masa dalam 10 jam kalau naik kereta. Tol sekali perjalanan RM100++. Belum petrol lagi. Jadi, kalau nak balik naik kereta, at least kena ada dalam RM500 untuk perjalanan pergi balik. Tapi confirm tak sesat sebab memang dari hujung Plaza Tol Kempas ke Plaza Tol Jitra. Kira tol terakhir selatan ke tol terakhir utara. Selagi tak habis ikut jek lah. Senang kan?? Hehe..Tapi kos memang tinggi la. Jadinya naik bas jek lah. Tapi naik bas dalam 12jam perjalanan sebab benti rehat etc. Sanggup? Terpaksa walaupun boleh leper bontot dok dalam bas (mak aku cakap). Haha..

Tapi suasana kerja kat sini best sebab ramai kawan. Semua pun baik2. Taklah terasa 'musafir' sangat. Kebanyakan staf dah tak muda sangat so senang sikit. Semua aku panggil 'kakak' sebab masalah nak ingat nama. Hehe..Tapi banyaklah aku kena belajar sebab beralih bidang kerja kan. Takpe 'blur' sikit2. Baru lagi kan :)



No comments:

Post a Comment