Showing posts with label IKLAN. Show all posts
Showing posts with label IKLAN. Show all posts

11.11.10

Stop Child Abuse

Saya sokong!! Korang macam mana?? Kena sokong jugak. Ni paksa. Haha

Uaa

Join YouthSays




22.10.10

Design & Printing

Bagi yang tak tahu, kakak aku sorang ni graphic designer. Kira dalam adik-beradik dia jek lah yang kreatif sikit, tangan tak keras, banyak idea kalau bab2 menghias ni dan kalau buat kerja ada seni, cantik, menarik, tertarik kira memang cun lah tak macam aku yang..........Malas lah kan nak kutuk diri sendiri. Haha..

Ceritanya, semalam aku chatting lah dengan kakak aku kat fb. Mula2 sembang biasa2 jek lah. Tetiba dia cakap

Angah: Jan, tengoklah blog angah. Baru buat
Aku: Pe url?
Angah: http://zaidesignprinting.blogspot.com/

Aku pun buka lah. Tengok2 pastu jamu mata lah apa yang ada

Aku: Ala blog design2. Bukan Ijan de nak tempah apa pun..
Angah: Banyak jek. Kedekut
Aku: Haa..angah buatkan Ijan tag terima kasih lah. Nak guna untuk majlis tunang
Angah: Bila nak tunangnya?
Aku: Entah. Tak tau lagi. Angah buat jek la dulu bila free
Angah: BONGOK!! Nak tunang pun tak tau bila


Tak pasal2 kan aku kena bongok. Siut jek..;p Nasib baik kakak sendiri..Dah memang aku tak confirm lagi bila tarikhnya. Aku jawab jek la tak tau..Haha. Apa masalah aku pun entahlah. Nak kata tak ready, rasa dah ready jek. Tapi aku macam tak boleh nak confirm tarikh bila..Warna tema lagi la. Tak berpuluh2 kali tukar. Aku rasa Ari pun pening malas nak layan=p


Oklah. Kalau korang ada yang berminat nak tempah ke design apa2 jek lah boleh lah pergi blog kakak aku. Tak kisahlah banner, tag, bunting, kad kahwin, jam, etc. Harga murah2 jek. Runding2 apa yang patut. Harga murah dan ikut kemampuan & budget yang korang nak. Senang lah kan. Nampak jam besar warna merah pink kat kanan blog ni? Nak klik kat situ pun boleh. Sama sajo..





20.10.10

Suami isteri paling bahagia:)

20.10.2010

Cantik kan tarikh hari ni? Menyesal tak plan apa2 perkara bersejarah hari ini. Plan tunang ke kahwin ke. Haha. Tak menyabar! Nak plan untuk grad macam takde harapan. Nak semak tesis pun SV aku takde sampai bulan Jan tahun depan. Ah malas la nak fikir pasal hal studi2 ni kan..Tak syok lah. InsyaAllah ada rezeki berjaya lah aku grad. Semoga Allah SWT permudahkan urusan aku. Amin.

Ok balik pada cerita hal kahwin2 ni. Aku dapat sesuatu yang berharga sempena besday aku bulan lepas yang ada kaitan pasal kahwin2 ni. Semua hadiah besday yang aku dapat berharga eh. Nanti ada yang sentap lak kang! Nak jaga hubungan persahabatan ni bukan senang. Nanti ada jek yang fikir negatif2 hal kecik2 macam ni. Penat ah nak layan. Cumanya, ni jek yang 'lain' sikit sebab ada kaitan pasal kahwin ok!

Aku dapat taraaaa...




Hadiah ni pemberian Didi, housemate aku. Tak sampai setahun pun lagi kami ber 'housemate'. Cumanya sebab dia ramah and banyak cakap, senanglah aku ngam dengan dia. Awal2 dulu selalu gak keluar sama2 pergi makan ke, pergi pasar malam ke, tapi sekarang dah jarang sangat2. Mungkin sebab masing2 dah sibuk dengan urusan sendiri, ye lah jadual tak sama kan. Aku pergi lab, dia kat bilik. Aku balik, dia lak pergi=p

Suami Isteri Paling Bahagia. Didi siap cakap lagi

"Ni khas untuk akak. Akak dah nak kahwin kan. Hopefully buku ni membantu"




Terharu rasa. Memang kena baca dan khatamkan sampai habis. Banyaaaaak sangat info yang berguna. Tapi sekarang tak sempat lagi. Huhu. Aku baru baca sikit2. Yang penting buku ni best. Kalau tak, takkanlah best seller dan sampai tiga kali cetak. Berkenan? Beli2. Aku galakkan. Harga pun ok tak mahal. Tapi ilmu yang kita dapat tu lebih2 berharga kan. Kalau takde plan nak kawin lagi pun boleh jek beli. Ilmu kan. Dari ko buat benda2 tak berfaedah dan merepek! Hihi

Ni antara ayat best aku terjumpa dalam buku ni.




Cinta abadi meyakini pasangan kita adalah insan terbaik kurniaan Allah kepada kita, walaupun ramai insan yang lebih baik daripadanya. Hargai dan sayangilah pasangan anda seadanya



Sweet kan?

Buku ni penulis dia Rosline Harun terbitan Kharisma Network Sdn. Bhd.






19.10.10

Pokok beracun!!



Korang pernah tengok pokok ni tak? Aku rasa mesti pernah kan. Macam banyak jek pokok ni kat mana2. Kat rumah aku pun ada rasanya ni. Tak sure. lol. Ni aku dapat email forward dari sorang kakak ni. Aku pernah lah berbalas email pasal aku nak beli insurans ngn dia. Last2 tak jadi. Tapi kakak ni rajinlah forward2 email yang berinformasi. Aku jek kadang2 malas baca=p

Ni perkara penting yang diberitahu. Aku copy paste jek lah ye! Nanti aku buat ayat sendiri, lari lak maksud sebenar. Gagaga..



Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.





23.8.10

ChurpChurp

Wawawa..sukanya aku bile da makin ramai kawan aku buat akaun Twitter. Cik Nadia pun da buat tuh. Tak sangka! Penat aku ajak dulu dia bo layan jek. Cis. Syok lah sikit kan. Ramai kawan. Nak update pasal kawan2 pun senang. Live update g..Hehe. Lagipun internet utp ni slow sikit. Malas nak buka FB. Lambat nak tunggu;p

Ha ni nak bitau. Kalau blog, kita boleh buat Nuffnang tuk dapat duit iklan kan. Kan Twitter pun leh ok. Guna ChurpChurp. Konsep dia lebih kurang Nuffnang jek. Nak register pun senang sesangat. Korang dah register? Lum?

Iskh..Meh register kat sini.

Mana tau duit dari ChurpChurp ni leh tambah duit tuk raya. Raya nak dekat dah ni wei:)

Eh, selamat berpuasa. Aku lum wish lagi kat blog ni.



31.7.10

Tweet, burung comel

Sejak dua menjak dah install TweetDeck ni, aku semakin aktif ber 'twitter'. Kadang2 senyap lah kejap bila takde depan laptop. Tapi selalunya dari pagi ke petang memang aku dok hadap laptop jek la..hihi. Rasa macam best lak. Tapi yang tak bestnya, tak ramai gi pun kawan2 aku yang de akaun twitter ni..

Yang ada akaun twitter, nampak tak kat sebelah kanan blog aku ni ada gambar ni..




Nampak kan? Pe lagi. Klik lah Join the conversation tuh. Kita sama2 bertwitter lepas ni. Lagi ramai kan lagi bagus.Meriah tuh ramai2. Yang takde akaun tu, cepat2 gi register twitter sekarang. Aku suruh dan paksa ni. Haha..

Best tuh twitter kalau de ramai kawan. Follow mem 'follow'!




30.7.10

Teh hijau

Aku tengah belajar2 ni minum teh hijau. Untuk 1st trial, Didi bagi aku rasa teh hijau dia dulu. Product dari Tupperware. Sebab dia cakap bagus. Masa tu pulak aku tak sihat, sakit tekak, selesema dan bersin2 tak berhenti. Didi cakap bagus sebab teh hijau ni anti-oksidan. Aku kalau orang nak bagi free soh try, mesti lah ok jek kan..hehe


Gambar dari sini

Aku dah try buat tadi. Letak air panas jek. Takyah campur gula pun. Ok lah rasa nya. Takdelah tak sedap pun. Aku ingatkan tak sedap:P Yang magiknya, habis minum satu mug, selesema aku pun dah berkurang. Hai..ni tanda2 aku kena selalu minum ke teh hijau. Kalau dah nak minum tu, kena lah beli sendiri kan. Takkan nak mintak Didi lagi..heh

Aku google2 lah khasiat teh hijau ni. Oh, memang bagus dan patut minum. Antaranya:

¨ Sebagai antioksidan yang menetralkan radikal bebas

¨ Bermanfaat terhadap penyakit kardiovaskular & Mencegah penyakit jantung

¨ Menurunkan kolesterol dalam darah.

¨ Merangsang penurunan berat badan.

¨ Mencegah pengembangan bakteria Helicobacter pylori penyebab sakit perut,
mendukung pertumbuhan mikroflora di usus dan mengatasi diare.

¨ Melindungi fungsi ginjal dengan menekan efek peracunan uremik

¨ Mencegah pelubangan gigi dan penyakit gusi.

¨ Menghilangkan bau mulut (deodorisasi ).

¨ Memperlambat proses terjadinya katarak .

¨ Menunjukkan sifat anti-virus dan anti-mikroba.

¨ Mempunyai sifat "chemoprevention" (mencegah kerusakan sel melalui proses
kimiawi).

¨ Melindungi kulit dari sinar ultraviolet.

¨ Menghambat kerusakan paru-paru akibat tembakau.

¨ Melindungi hati

¨ Memberi perlindungan terhadap pankreatitis akut.

¨ Menjaga esofagus tetap sehat.

¨ Melindungi lapisan lambung.

¨ Mencegah tumbuhnya tumor prostat dan payudara

¨ Melindungi daya ingat

¨ Pembuat awet muda


Sumber dari website ni.

Yang part awet muda tu yang syok tuh. Kena minum selalu ni. Biar muka jadi macam baru 17 tahun..hikhik. Kan belajar banyak stress. Mesti muka pun cepat tua kan. Jom try kawan2!




10.6.10

Spontan dan Nota Cinta

Sekarang nak hilangkan stress, aku buka Youtube tengok Spontan. Stress la sangat kan..hehe. Memang kelakar sesangat tau program Spontan ni. Lagi2 bila tengok Aflin Shauki, Arwah Din Beramboi dengan Zizan buat lawak. Memang sengal gila la dorang. Muka rilek jek cam tak bersalah..hehe. Ada artis-artis lain yang terlibat jugak. Macam tukar2 la. Kadang2 ada Adibah Noor, Douglas Lim, Nabil, Khir Rahman, Harun Salim Bachik dan lain2. Tapi semua pun kelakar la.

Game2 yang dibuat pun pada aku kreatif la. Eh tapi tak taulah kalau ceduk dari mana2 program luar. Program ni dah tayang tahun lepas kot kat Astro Warna g tapi aku tak pernah tengok. Baru ni tengok kat Youtube. Ada macam2 game la. Ada sketsa dua ayat, beku, majlis keramaian antarabangsa, demonstrasi, pemberita berkepala tiga dan etc. Hilang stress aku jap. Gelak2 sorang2 dalam bilik



Zizan memang antara pelawak pelapis yang berjaya lah aku rasa setakat ni. Rilek jek dia buat lawak walaupun ada otai2 lawak lain. Nabil dengan Along aku rasa dorang ok tapi mungkin malu2 lagi nak tunjuk taring kat otai lawak lain. Tak kisahla..yang penting program ni berjaya buat aku ketawa. Dah cukup bagus lah tu..haha

Tapi dah dua tiga hari aku ngadap Youtube tengok Spontan, dah macam habis semua episod lak aku tengok..;p

Pastu tadi jalan2 kat blog Hanis Zalikha, jumpa lah link pasal Nota Cinta Coffee Mate. Da ada dua episod da. 13 Jun ni kuar episod 3 lak. Comel gak tengok cerita ni. Boleh la. Comel..pelakon2 pun boleh tahan cantik dan hensem. Ada pertandingan sekali. Lepas tengok episod2 yang ada boleh la join pertandingan. Kalau ada rezeki lah menang. Kan? Hadiah lumayan gak tu. Gi2 jengah website Coffee-Mate sekarang



Ok sekarang nak cari apa2 yang best lagi kat Youtube untuk di tengok. Tapi kena tunggu siap kerja sikit dulu la. Eh aku ni. Nak layan Youtube pulak. Kerja aku banyak kan..Silde ICIAS pun tak siap lagi. Ketuk kepala sendiri kang..haha




4.2.10

Pelan perniagaan yang berjaya

Aku terus ke topik ni la ek.hihi..intro cam malas nak fikir dan taip;p

Siapa antara kita yang berminat nak memulakan perniagaan?? Kira orang putih kata jadi businessman la. orang melayu lak cakap usahawan. Kalau yang ada modal, mungkin impian ni jadi lagi senang la kan. tak yah nak pinjam bank ke pinjam along bagai. Boleh la berniaga salon ke, kedai dobi ke, restoran ke, jual kambing ke apa2 lah. Yang penting halal kan.hehe

Tapi..nak berniaga ni kena lah ada ilmu berniaga. Kiranya nanti bolehlah pilih jalan terbaik nak mula, kekalkan, majukan perniagaan. Ada ilmu berniaga pun boleh elakkan kita kena tipu. Ye laa..berniaga pakai duit kan. Nanti kena tipu da rugi banyak.huhu..tul tak? Ijan cadangkan apa kata anda dapatkan Koleksi Pelan Perniagaan Yang Berjaya. Percuma! Sangat penting untuk rujukan dan tambah ilmu perniagaan. Ijan pun da mula berniaga sikit2 ni. Mula dengan jual Sabun Organik. Untung pun da dapatlah buat ijan senyum.hehe

Dalam koleksi ni ada banyak contoh pelan perniagaan. Antaranya:

1) Tanaman cendawan

Photobucket

2) Ternakan burung puyuh

Photobucket

3) Percetakan

Photobucket

4) Kedai dobi
5) Makanan ringan
7) Salon kecantikan

Photobucket

8) Ternakan kambing
9) Pembuatan baja organik
10) Ladang sayur
11) Katering
12) Telekomunikasi
13) Kedai jahit
14) Bakeri
15) Restoran
16) Ladang sayur
17) Ternakan ikan keli
18) Cyber cafe
19) Tanaman buah naga
20) Frozen food


Jom kita sama2 dapatkan di sini. Percuma..=) Klik jek. Lepas da bagi nama dan email, kita akan dapat email confirmation untuk download. Check kat spam ye kalau xde kat inbox. Lepas da klik link confirmation, link untuk download akan diberi kat email. Senang jek..hihi



20.1.10

Logo halal yang diiktiraf JAKIM

dapat email pasal logo2 ni. pada aku sangat bagus la. boleh jadi rujukan bila kita ada di luar negara. sekurang-kurangnya kita yakin la makanan yang masuk dalam perut tu makanan yang halal kan. tak adalah main sumbat jek dalam perut. hihi

yang dah dapat email ni terpulangla nak tengok, baca entri ni. aku tak larang. aku pun tak suruh..;p

disebabkan benda ni benda baik..aku nak kongsi2 la dengan korang2 semua. yang suka jalan2 abis duit kat negara orang tu sila la belek betul2. jangan sampai juling sudah. hihi

klik kat gambar kalau nak tengok dengan lebih jelas;p

sebenarnya ada banyak lagi negara2 lain punya logo halal yang diiktiraf JAKIM. tapi disebabkan kemalasan dan tuntutan kerja lain..ceh..aku tunjuk yang ini jek la ye..

jangan sedih lak. hihi..nak tengok semua ke? bagi email korang. aku forward..xde hal punya..(^.^)




21.12.09

hai..nafsu perempuan

aku rasa macam da terkumpul kosmetik Avon la sekarang ni. berkenan jek beli. suka pun beli.pakai nya tak gakkk..tengok ah.beli da banyak dah. shower gel la..lotion la..eye shadow la..eye liner la...pe ntah lagi.

eh kalau simpan leh expired ke? aku nak guna sebab da beli kan tapi ntah..tak tau nak pakai ke mana. kalau make up ke kelas, pelik lak student aku tengokkan nanti. nak kuar dating harapan jek la..hahaha

lagipun makeup yang lama2 pun tak abis guna lagi..ok fineeee..sebab memang aku tak bermake up pun

ni gak lah natijahnya kalau serumah ngan dealer Avon.haha..katalog depan mata.de jek yang berkenan(^.^)

hai..nafsu perempuan memang camni. jangan salahkan aku ye!



24.11.09

Sasaran haji muda

Ada tak perasaan nak pergi haji masa muda? aku memang ada sebab masa tu mungkin aku kuat lagi nak buat ibadat. Umur dalam 30-40 da sesuai sangat la.tak la tunggu pencen kan.hikhik


Bagaimana menabung untuk sasaran haji muda??

1) buat simpanan RM100 sebulan@10% dari gaji pokok.Kalau gaji RM2000, dalam tempoh 5 tahun, duit dalam akaun da ada RM10 000
2) Buat kerja sambilan, sasaran RM200 sebulan. Ni kalau betul2 ada masa.hehe
3) Dapat bonus tahunan, simpan 10-20% untuk simpanan haji.
4) Diri kena disiplin.tiap2 bulan memang kena simpan duit untuk haji
5) Segera daftar haji agar wang boleh dikunci (fund autolock). ramai yang merungut duit dalam simpanan da cukup tapi tabung haji tak panggil2 kan. Ini salah. kita kena daftar untuk urusan haji. da daftar dan diberi nombor daftar haji, wang minimum tahunan dikunci oleh sistem pelanggan tabung haji.

Sumber dari Majalah Nur, Disember 2009. Buku "Haji Muda" tulisan Dr.Ridzwan Bakar