18.1.10

Marathon Movie 2009

dua hari aku cuti berblog

sabtu & ahad..apa aktiviti korang yek?? mesti ada yang kuar shopping..takpun qada' tidur puas2. hahaha. ok yang pergi dating tu senyap jek yek. aku jeles...;p

aktiviti waktu cuti aku..sabtu dan ahad minggu ni memang syurga lah bagi aku..lalala. aku duduk mengadap laptop..bukak youtube..tengok filem2 yang ada. yang bestnya sumer filem melayu. best tuh..cam marathon movie kat wayang jek.hihihi..ye la. aku melayu. kalau bukan melayu yang sokong filem melayu sapa lagi?? ayat Shaheizy Sam dalam AC.

aku tak adalah suka sangat tengok filem melayu. tapi kalau filem tu bagus, berbaloi aku pergi la tengok kat wayang. kalau setakat gitu2 jek...tengok kat youtube sudah. hihihi

jom2 kita mulakan review filem2 untuk tahun 2009..da lapuk kot. orang lain tengok kat wayang. aku tahun 2010 baru nak buat review. tak kira lah. nak gak buat..hihi

Papadom

ini filem pertama yang aku tengok. Papadom. popular kan cerita ni. ramai yang cakap terbaik. aku pun nak cakap gak. memang terbaik!! sangat2 beruntung dapat papa cam papa dom. papa aku tak ada lah buat camtu. ramai kot adik beradik aku. tapi aku tau papa aku sayang aku. hihi.. bersyukur kerana masih berbapa..bagi yang tak ada..serius aku simpati


Ketika Cinta Bertasbih

ni cerita islamik lah. pengajaran banyak. kesimpulannya filem yang bagus. tapi kalau nak banding dengan ayat2 cinta..filem ni best lagi kot. hahaha. sebabnya aku tak tengok ayat2 cinta sampai habis. rasa slow sesangat!


Gadoh

Gadoh. ni aku rasa tak keluar wayang la. ke ada tapi aku tak sedar? cerita ni bagus tapi mungkin boleh membangkitkan sensitiviti kaum. dialog pun agak2 lantang la jugak tapi aku ok jek. sampai bila nak sembunyi realiti sebenar kan...


Rasukan Ablasa

cerita ni tak boleh blah sikit. bingit kot telinga. perempuan2 yang berlakon dalam cerita ni asyik terjerit pastu kecoh tak ingat. tak sakit tekak ke dorang ni..tapi dah dibayar untuk menjerit kan..ok kan jek la kot. rasa cam malas nak tengok tapi layan gak la sampai habis. sebab aku dah tertengok kan. orang tua cakap kan tak elok buat kerja separuh jalan. hehe


Maut

Fuh. cerita ni pada aku bagus la. Maut. ada 3 cerita dalam ni. berlaku dalam 3 bulan islam yang berbeza. tapi kenapa tak laku ek?? banyak tu pengajaran. biar manusia ni jangan terlalu sibuk dengan hal2 duniawi jek. korang da tengok belum?? pergi tengok sekarang. aku suruh..lalala..


Sayang You Can Dance

alamak..cerita ni. boleh laa..tapi tak berbaloi kot tengok kat wayang. jalan cerita simple sangat la. cam dah boleh agak apa jadi pastu. aku terfikir gak apasal la Samuel Rizal dengan Sharifah Amani nak berlakon filem ni...;p ok dah taknak ulas lebih2. nanti takut ada yang tak suka lak


Jin Notti

Jin Notti. lakonan Fara ok la. ekspresi muka ada lah tuk semua watak2 dia dalam ni. tapi Mawi cam tak ok sangat laa..masa bergaduh pun tak nampak ganas. nampak sedih ada laa...untuk isi masa lapang boleh la tengok..


Skrip 7707

ni kisah hantu2 yang berlaku kat keliling kita. rasa macam pernah dengar pasal cerita2 hantu ni. mungkin Prof. Razak memang kumpulkan untuk filem Skrip 7707 ni. tapi ending tu kena lagi umph kot..baru la puas hati tengok..ni cam..tak tau nak cakap la.hihi


Tipu Kanan Tipu Kiri

ni tahun 2008 punya filem la. ingatkan 2009 gak tadi. hehe. cerita ni campur pelakon dari Malaysia dengan Indonesia. boleh laa..kelakar gak sikit2. tapi lakonan Hans terbaik la. tapi aku rasa solekan Natasha Hudson cam over sikit. tetiba aku rasa dia tak lawa..padahal minah tu lawa kan...Azwan Ali pun ada..

Senario The Movie Episode 2

Senario...cam biasa la. lawak dorang tetap cam dulu gak. tak ada peningkatan pun. kadang2 rasa macam bodoh pun ada. tapi fine la...senario kot. memang macam ni. ingatkan bila da digandingkan dengan Maria Farida, Mek dengan Marsha ada laa maju sikit lawak dorang. tapinya..tak ada!!

ok da abis da. kira2 berapa banyak filem aku da khatam. ketinggalan sikit la dari orang lain. tapi ok apa. at least aku tengok kaaaannnn....hihi




No comments:

Post a Comment