22.2.10

Monday blues

Eh perasan tak aku ada letak banner Earth Hour kat sebelah kiri blog ni? Mestila perasan kan. Besar bapak tu..hihi. Earth Hour 27 Mac 2010 jam 8.30 malam. Jomlah kita sama2 bergelap. Romantik sikit buat kerja dalam gelap..;p Tapi kalau setiap hari tak sanggup aku. haha..

Sekarang da dekat pukul 1 pagi. Dalam 7 jam lagi da kena pergi bekerja. Kecoh kan aku macam orang lain tak pergi kerja jek..hehe. Da cuti 2 hari bila datang hari isnin jek jadi la macam ni. Padahal kerja yang buatnya tak seberapa pun. Tapi cuti sabtu ahad ni aku takde buat apa2 pun. Dok bilik jek, belajar la sikit2 sebab nak kena pergi conference rabu ni

Isnin akan dimulakan dengan lab fizik II..alahai..aku tak selak2 lagi lab manual ni. Ingat2 yang semester lepas jek leh tak? hahaha..ok kot kalau takat ubah nilai perintang jek..;p

Ok sempat lagi ni. Tidur dulu. Lepas subuh leh baca lab manual. Harap2 mood rajin aku sampai. Kalau tak sampai2 gak, confirm aku demo ingat2 lupa yang semester lepas punya..lalala~~
Gud nite kawan2 ku...sweet dreamZzz..


2 comments: