27.3.10

Naik pun akhirnya

Masa aku menaip ni da 27 Mac 2010. Hari yang dicadang2kan WWF untuk wat Earth Hour. Kalau yang perasan, aku ada pasang banner Earth Hour kat sebelah kiri blog aku ni. So camne? Nak sokong ke taknak tutup lampu selama sejam? Kalau yang sokong..jom ramai2 kita tutup lampu pukul 8.30 malam ni. Hoho..best pe dapat bergelap selama sejam. Kalau masa tutup lampu tu terus tertido..bergelaplah sampai pagi. Pagi terang semula pun bila de cahaya matahari. Syok gak kan?haha..Yang tak sokong tu, berterang lah korang semasa orang2 lain bergelap melayan suasana romantik;p

Cakap pasal Earth Hour ni, kuar kat berita Tenaga Nasional Berhad (TNB) nak saman WWF sebab anjurkan Earth Hour ni. Perlu ke saman menyaman ni? Yang TNB fikirkan kerugian, yang WWF fikirkan alam sekitar. Mana satu yang betul dan perlu disokong eh??

Korang rasa camne..

Tapi kalau baca statement Presiden merangkap CEO TNB, Dato’ Sri Che Khalib Mohd Noh, aku rasa macam ergh..ada ke patut. Fikir untung jek. Apa ko taknak dok lama ke kat dunia ni. Pentingkan diri dan duit tul!! Tu pendapat aku la. Cuba lah baca statement Dato' ni sendiri. Pastu nilaikan..;p Leh baca kat sini yep.

Eh sebenarnya aku nak cerita pasal lain terbebel lak pasal Earth Hour ni. Haha..Aku sangat suka hati sebab semalam timbang berat aku naik 2kg. Berjaya gak akhirnya usaha aku. Jadi pasni kena makan 5 kali sehari tak termasuk makan jajan@biskut@coklat masa buat kerja. Tapi tu la..bila makan banyak ni duit lak makin menipis. Takpelah yang penting sihat. Dari kerempeng jek..cekeding jek...

Kan..




2 comments: