16.5.10

Tell me about yourself

Ini sebenarnya tag dari Miss Nadia. Aku sebenarnya malas nak jawab sebab soalan2 dia macam soalan temuduga pun ada. Tanya pasal muzik la, movie la, subjek la, etc. Entah sapa la yang start buat soalan2 ni..;p Tapi bagus gak la sebab nanti boleh la kongsi2 info dengan kawan2 yang buat tag ni kan..

Tapi disebabkan sekarang dah pukul 3 pagi, aku pun tak tidur2 lagi..jadinya aku pun buat lah jugak tag ni. Mana tau lepas buat tag ni, makin cepat aku faham buku yang aku kena baca ni..hehe. Sebabnya dari pagi semalam aku cuba fahamkan tapi makin banyak baca makin pening ':(

Mari kita mulakan..


MUSIC


Macam tak ada yang tetap. Aku kalau dengar lagu rasa macam best, aku layan la. Kadang2 1st time dengar rasa tak sedap tapi dah banyak kali putar kat radio, aku rasa sedap pulak. Tapi kalau lagu BI selalunya aku dengar jek tapi tak tau siapa penyanyi. Rasa nak tau, tanya Yan. Settle..;p Dia cepat sikit update bab2 ni..

MOVIE

Aku tengok movie selalunya sebab ada kawan@pakwe ajak. Bukan sebab aku memang minat gila. Kalau dorang cakap best, aku pergilah tengok. Jarang2 sangat aku sendiri beria2 nak tengok. Bosan kan aku ni..haha

FOOD

Aku makan semua kecuali ikan sungai dan kebanyakkan jenis sayur. Ada dua tiga jenis sayur jek yang aku makan itupun sikit sangat.

DRINKS

Milo dan jus buah. Ni aku selalu minum sekarang sebab aku dah kurangkan minum teh. Perut aku macam tak tahan dengan teh sekarang. Susah nak hadam. Tapi aku tak minum air masak sejuk. Rasa payau tak boleh blah.

FAVOURITE PAST TIME

Novel..friendster..window shopping.

BOOKS

Yang pernah beli pakai duit sendiri: buku2 teks masa kat universiti, novel2 BM, 1 novel BI dan 1 buku motivasi..Buku motivasi ni tajuk dia 'nak ke tak nak' kalau tak silap la dari H.M Tuah..berjaya beb habiskan. Bangga2..;p

MAGAZINE

Aku selalu beli majalah Nur dan Dara. Tapi tak lah beli tiap2 bulan sebab almaklum lah tempat aku tinggal sekarang ni ceruk sikit. Yang jualnya 1 kedai jek itupun kejap ada kejap takde. Ikut suka2 plak..huh!

Zaman UTM aku selalu baca Remaja pinjam dari Nadia sebab dia pelanggan setia. Majalah2 omputih pinjam dari rumet. Suka baca tapi tak rasa berbaloi nak beli..hehe

FAVOURITE LEPAKING PLACE

UTM: Jusco semestinya sebab tu la tempat terdekat nak lepak. Kenderaan pun cuma motor jek yang ada. So, tak leh nak jalan jauh2. Lagipun lesen takde

Dating: Danga Bay, City Square, Angsana. Kadang2 pergi Danga City Mall tengok2 gadget. Kalau korang jalan2 terserempak tegur lah. Tak mungkin salah orang sebab tu jek tempat aku bersepah. Tapi jarang2 la dating sebab aku tercampak kat ceruk Perak sekarang..(^,^)

UTP: Taman Maju!! haha..kalau ada duit lebih sikit baru ke Ipoh

SPORTS

Aku minat tengok orang ber 'sport' jek..hehe. Tapi aku suka daki gunung. Tapi sekarang dah tak berpeluang. Ada sapa2 nak daki gunung, ajak aku tau!! hehe..tapi ampun la kalau pancit;p

SUBJECT

Boleh kata semua pun seimbang. Tak de yang aku suka gila2 tapi alhamdulillah aku boleh buat.

IDOLS

Pahlawan2 wanita zaman Rasullah S.A.W..Moga aku boleh sekuat dan setabah mereka untuk pertahankan agama, keluarga, maruah aku

COLOUR

Pink: nampak lembut dan ayu gitu..hihi. Tapi ikut situasi, tak la semua pun aku bantai pink
Merah: berani dan bersemangat. Aku selalu pakai warna ni bila presentation @ interview.
Walaupun sebenarnya cuak tetap ada..;p
Kuning: sebab aku rasa warna ni bernilai. Err..tak tau nak explain camne

FLOWER

Jujurnya aku tak suka bunga. Lagi2 bunga hidup. Kalau sesiapa pernah tengok drama 'Kalam Cinta Rabiah' tau sebab apa. Bukan nak tiru tapi kebetulan pendapat aku dan Rabiah sama

FRUITS

Kalau dapat makan setiap masa memang syurga. Tak makan nasi pun takpe. Dapat bayangkan betapa sukanya aku??

CARTOON

Setelah difikir2..aku rasa macam tak ada kartun yang spesifik aku suka la. Semua pun tengok jek kalau ada masa terluang. Err..




2 comments:

  1. apa pendapat dalam kalam cinta rabiah tu? i xtengok la..

    ReplyDelete
  2. jmp nnt i citer. mcm pnjg lak nk explain kt cni.hihi

    ReplyDelete