10.6.10

Spontan dan Nota Cinta

Sekarang nak hilangkan stress, aku buka Youtube tengok Spontan. Stress la sangat kan..hehe. Memang kelakar sesangat tau program Spontan ni. Lagi2 bila tengok Aflin Shauki, Arwah Din Beramboi dengan Zizan buat lawak. Memang sengal gila la dorang. Muka rilek jek cam tak bersalah..hehe. Ada artis-artis lain yang terlibat jugak. Macam tukar2 la. Kadang2 ada Adibah Noor, Douglas Lim, Nabil, Khir Rahman, Harun Salim Bachik dan lain2. Tapi semua pun kelakar la.

Game2 yang dibuat pun pada aku kreatif la. Eh tapi tak taulah kalau ceduk dari mana2 program luar. Program ni dah tayang tahun lepas kot kat Astro Warna g tapi aku tak pernah tengok. Baru ni tengok kat Youtube. Ada macam2 game la. Ada sketsa dua ayat, beku, majlis keramaian antarabangsa, demonstrasi, pemberita berkepala tiga dan etc. Hilang stress aku jap. Gelak2 sorang2 dalam bilik



Zizan memang antara pelawak pelapis yang berjaya lah aku rasa setakat ni. Rilek jek dia buat lawak walaupun ada otai2 lawak lain. Nabil dengan Along aku rasa dorang ok tapi mungkin malu2 lagi nak tunjuk taring kat otai lawak lain. Tak kisahla..yang penting program ni berjaya buat aku ketawa. Dah cukup bagus lah tu..haha

Tapi dah dua tiga hari aku ngadap Youtube tengok Spontan, dah macam habis semua episod lak aku tengok..;p

Pastu tadi jalan2 kat blog Hanis Zalikha, jumpa lah link pasal Nota Cinta Coffee Mate. Da ada dua episod da. 13 Jun ni kuar episod 3 lak. Comel gak tengok cerita ni. Boleh la. Comel..pelakon2 pun boleh tahan cantik dan hensem. Ada pertandingan sekali. Lepas tengok episod2 yang ada boleh la join pertandingan. Kalau ada rezeki lah menang. Kan? Hadiah lumayan gak tu. Gi2 jengah website Coffee-Mate sekarang



Ok sekarang nak cari apa2 yang best lagi kat Youtube untuk di tengok. Tapi kena tunggu siap kerja sikit dulu la. Eh aku ni. Nak layan Youtube pulak. Kerja aku banyak kan..Silde ICIAS pun tak siap lagi. Ketuk kepala sendiri kang..haha




3 comments:

  1. tgh nangis, tgk spontan terus gelak.. wakakakkakakak

    ReplyDelete
  2. shu-mmg tbaek. klu tau dr dlu g da tgk.hehe

    nadia-haha kantoi u nangis. tp xpela at least u da gelak wakakakaka da..

    ReplyDelete