20.10.10

Suami isteri paling bahagia:)

20.10.2010

Cantik kan tarikh hari ni? Menyesal tak plan apa2 perkara bersejarah hari ini. Plan tunang ke kahwin ke. Haha. Tak menyabar! Nak plan untuk grad macam takde harapan. Nak semak tesis pun SV aku takde sampai bulan Jan tahun depan. Ah malas la nak fikir pasal hal studi2 ni kan..Tak syok lah. InsyaAllah ada rezeki berjaya lah aku grad. Semoga Allah SWT permudahkan urusan aku. Amin.

Ok balik pada cerita hal kahwin2 ni. Aku dapat sesuatu yang berharga sempena besday aku bulan lepas yang ada kaitan pasal kahwin2 ni. Semua hadiah besday yang aku dapat berharga eh. Nanti ada yang sentap lak kang! Nak jaga hubungan persahabatan ni bukan senang. Nanti ada jek yang fikir negatif2 hal kecik2 macam ni. Penat ah nak layan. Cumanya, ni jek yang 'lain' sikit sebab ada kaitan pasal kahwin ok!

Aku dapat taraaaa...




Hadiah ni pemberian Didi, housemate aku. Tak sampai setahun pun lagi kami ber 'housemate'. Cumanya sebab dia ramah and banyak cakap, senanglah aku ngam dengan dia. Awal2 dulu selalu gak keluar sama2 pergi makan ke, pergi pasar malam ke, tapi sekarang dah jarang sangat2. Mungkin sebab masing2 dah sibuk dengan urusan sendiri, ye lah jadual tak sama kan. Aku pergi lab, dia kat bilik. Aku balik, dia lak pergi=p

Suami Isteri Paling Bahagia. Didi siap cakap lagi

"Ni khas untuk akak. Akak dah nak kahwin kan. Hopefully buku ni membantu"




Terharu rasa. Memang kena baca dan khatamkan sampai habis. Banyaaaaak sangat info yang berguna. Tapi sekarang tak sempat lagi. Huhu. Aku baru baca sikit2. Yang penting buku ni best. Kalau tak, takkanlah best seller dan sampai tiga kali cetak. Berkenan? Beli2. Aku galakkan. Harga pun ok tak mahal. Tapi ilmu yang kita dapat tu lebih2 berharga kan. Kalau takde plan nak kawin lagi pun boleh jek beli. Ilmu kan. Dari ko buat benda2 tak berfaedah dan merepek! Hihi

Ni antara ayat best aku terjumpa dalam buku ni.




Cinta abadi meyakini pasangan kita adalah insan terbaik kurniaan Allah kepada kita, walaupun ramai insan yang lebih baik daripadanya. Hargai dan sayangilah pasangan anda seadanya



Sweet kan?

Buku ni penulis dia Rosline Harun terbitan Kharisma Network Sdn. Bhd.






2 comments:

  1. wwiiiwwwwiiiiiiitttttt...!! hehhee... baca E baca..=)

    ReplyDelete
  2. wwiiiwwwwiiiiiiitttttt...!!
    baek2 nnt aku baca slow2=p

    ReplyDelete