Showing posts with label cerita suka duka. Show all posts
Showing posts with label cerita suka duka. Show all posts

22.8.11

Iftar bersama KKDK-mate

Selalunya bila puasa, aku kat Perak. Susah sikitlah nak join kalau kawan2 ajak iftar sama2. Bolehlah nak join tapi nak kena travel agak jauh. Selalunya aku buat keputusan taknak join jek lah. Nasib baik tahun ni lain sikit. Kebetulan aku berkursus kat Bangi dan ada 2 jemputan iftar. Bolehlah join;)

Ini iftar pertama. Kawan2 kelab masa belajar kat UTM dulu. Nama kelab ni KKDK (Kelab Kaunseling dan Kerjaya) tapi ada banyak gaklah versi KKDK yang orang bagi. Ada yang panggil Kelab Kenal dan Kahwin sebab ramai ahli kelab ni yang jumpa dan berkahwin sesama ahli kelab..haha. Tapi ada gak yang Kelab Kapel dan Klash sebab ramai gak yang bercinta sesama ahli tapi putus:P

Aku termasuk dalam yang mana? Haha..dua2 takde kaitan kot.

Iftar ni buat kat PICC, hari Isnin. Konon2 Isnin tak ramai orang..sekali....ramai ye! Nak amik makanan beratur panjang gila. Kepala yang merancang majlis iftar ni Musyris. Dia lah yang plan, book, etc. Yang lain tau datang, bayar, makan..hehe

Eh, tapi lagi banyak borak sebab lama tak jumpa.



Ini bukan pasangan 'KKDK'. Rasanya lah. Aku 1st time jumpa gf Rahimi ni. Hihi



Yeay..'peace' sambil makan.



Bersama handbag dan aksesori tambahan (read: baby)




Bakal bapa dan bakal suami. Tapi yang bakal suami ni masih single n available. Haha..ada yang berminat??;p



Dua dari O&G, sorang lagi agen insurans.



Perempuan sahaja





Bergambar sebelum bawa haluan masing2.


Jumpa lagi tahun depan!!~
Iftar kedua belum dapat gambar. Inilah masalahnya nak update blog tapi takde kamera. Kenalah tunggu gambar dari kawan2 lain..huhu


2.8.11

Marsya dan Qhalish

Salam...Selamat menyambut ramadhan semua. Kejap jek dah hari kedua kan. Sedar2 nanti dah raya..yeay..hehe. Tahun ni aku beraya ala kadar jek. Baju raya pun sehelai jek. Tsk. Ekonomi tak kukuh, macam2 guna duit. Tahun depan lah yek baru raya sakan sikit. Kihkih~

Duit raya pun mungkin saudara terdekat jek dapat. Saudara yang dah jauh2 sikit tu biar abang atau kakak aku bagi. Haha..Memang tiap2 tahun pun camtu sebenarnya;p

Sekarang aku banyak luangkan masa free untuk buat gubahan hantaran etc. Takdelah sibuk sangat, buat sikit2 jek. Masa pun lama lagi. Nak kata kreatif tu memang taklah sebenarnya tapi rasa nak buat sendiri. Beli jek bekas, riben, manik sikit pastu tampal jek la kat mana berkenan. Cantik ke tak ke..belakang cerita. Setakat ni okla kot hasilnya di mata aku. Hehe..

Hurm next week nak balik kampung. Boleh lah jumpa dua orang kesayangan ni=)


Kakak Caca dan baby Qhalish


Nampak macam rapat jek eh dua beradik ni. Padahal Marsya ni selalu sangat kacau adik dia. Mungkin dia cemburu sebab sebelum ni semua orang layan dia jek. Pernah masa tu takde orang perasan, dia lompat dari kepala adik dia terrrrruus sampai kaki. Nasib baik sampai. Kalau tak sampai, memang terpijak la adik dia ni..huhu.





Marsya ni selalu acah2 nak dudukkan adik dia. Kadang2 terduduk betul2. Memang setiap masa orang kena perhatikan Marsya ni. Kalau nak kentut, dia lari2 pergi kentut kat adik dia. Pastu gelak2...'Caca kentutkan baby'. Bertuah betul lah. Tengah adik dia menyusu badan, Marsya dari jauh tembak adik dia dengan pistol air. Kesian Qalish basah. Kadang2 datang mengada2, menangis2 tak bagi mama susukan Qalish.



Rindunya dengan dua orang ni..



25.7.11

Course

Last week seminggu aku kat Bangi untuk course SHO. Best..apatah lagi semua free. Makan sedap2. So, senyap sunyi jek la blog ni. Jadual boleh tahan full jugak lah. Start 8.30am habis paling lambat 7.30pm. Dah lah lama tak belajar2 dengar kuliah ni.

Yang tak bestnya..tak dapat jumpa kawan2 lama. Tapi faham jek la. Semua pun ada urusan masing2 kan. Nasib baik cik Nadia sudi nak jumpa aku;p Pastu dapat bergayut dengan cik Siha lama giler. Hihi. Best2..Macam2 cerita. Taktau la berapa banyak kredit C habis. Nanti kita jumpa2 eh C. Lama tul tak jumpa ko. Jangan bawak koyan tau. Nanti aku kena beli insurans. Haha..

Gambar2 masa course tak banyak la. Inipun dari kawan. Bila lah nak beli kamera baru ni. Kamera lama dah tak boleh pakai. Tiap kali ada duit, banyak labur kat barang2 kawin. Bulan ni paling parah. Roadtax kereta mati, cermin depan kereta pecah. Duit lagi...Hehe...lepas kawin la jawabnya beli;p



Kelas sejuk giler sebab aku duduk bawah air-cond. Nak pindah takde tempat dah. Jadi ber sweater lah sepanjang masa;p



Ini grup aku sepanjang course. Yang duduk tuh umur da 45 tahun baru company hantar kursus ni. Kerja company aviation. Lama dia tunggu. Sebab nak bayar sendiri mestilah susah sikit kan. Bukan singgit dua. Yang dua orang lelaki tu dari Perak gak. Sorang dari kilang textile, sorang lagi kilang elekrik. Yang perempuan dari USM. Da dekat 4 tahun kerja, so USM anta course ni.

Bulan depan pergi lagi. Bersedialah untuk mengantuk lagi dalam kelas.





12.7.11

Duduk asing lepas kawin??!

Selama ni aku tak pernah bincang secara serius dengan Ari pasal perancangan lepas kahwin. Nak tinggal dekat mana. Kerja macam mana. Pasal duit, keluarga etc. Semua2 la. Sebelum ni pernah lah tapi takde amik pusing sangat. Ni sebab dah tak sampai 5 bulan lagi ni kitaorang pun bincang la betul2. Tu pun kebetulan. Tengah2 telefon tetiba terkeluar topik ni;p

Nak tunggu dating baru bincang tu memang harapan jek lah kan. Lama sangat dah tak kuar dating. Selalu jumpa pun kat stesen bas masa aku nak balik Perak. Kadang2 5min pun tak sampai. Huhu.

Tapi..pasal tempat kerja ni jadi hal:p

Yelah kan. Aku kerja kat Perak, Ari kerja kat JB. Keluarga masing2 kat Kluang and JB. Kira kat Johor la. Ok fine aku yang terkeluar dari negari sendiri. Haha. Sepatutnya aku yang kena cari kerja kat JB lepas kawin. Takpun dekat sikit lah dari kerja kat Perak yang amik masa separuh hari nak balik JB ni kan. Ye ke patut ke??

Kalau ikut hati memang lah aku nak suruh Ari jek pindah kerja kat Perak ni. Hehe. Ye, aku kan suka bagi arahan;p Tapi masalahnya Ari tak sampai hati nak cakap dengan mak dia pasal ni. Sebab dia tau mak dia mesti tak bagi. Cis. Hihi..Tapi aku faham jeklah sebenarnya keadaan keluarga dia. Ari ni anak sulung pastu dah takde ayah. Adik2 dia semua perempuan. Yang kecik sekali tu baru darjah 5. Rapat gila dengan Ari sebab masa ayah dorang meninggal, adik dia dalam perut lagi. Jadi Ari jek lah abang dan 'ayah' dia. Kalau Ari pergi camping ke mana2 la lebih 3 hari pun adik dia demam. Ni kan pulak nak dok Perak paling2 pun setahun(^,~)

Hurm..

Mesti lah aku yang kena pindah tempat kerja kan? Kalau ikutkan hal ni. Tapi ada lagi masalahnya. Aku ada service bond setahun dengan tempat kerja sekarang. Haha. Sebab kompani ni hantar aku pergi kursus. Camne??! Mestilah tak boleh berhenti kan. Nak tarik balik taknak kursus pun dah terlambat...sangat;p Adik Ari nanti dah lama2 biasa lah kan pisah dengan abang dia..

Kena duduk asing2 la jawabnya. Tapi aku taknak..Argh bila fikir2 mesti serabut. Bila bincang mesti gaduh besar. Sampai sekarang ni pun gaduh tak baik2 lagi. Aku yang merajuk. Ari ok jek. Ish teruk betul lah aku ni:p

Tolong bagi nasihat sikit kat aku ni. Degil tul. Huhu..



19.4.11

Tempat baru :)

Lama terabai blog ni. Hurm..

Aku nak kongsi gambar tempat baru. Setakat ni, best kat sini. Suasana dan orang2nya semua ok. Ofis pun best. Dahlah aku sorang perempuan dalam ofis tu. Terasa dihargai jek:p

Pagi2 rasa semangat nak pergi walaupun kena bangun awal. Hahaha. Yelah kan. Dulu leh bangun sesuka hati kalau takde kelas, kerja semua da siap. Eh, tapi tidur bangun dah tengah hari atau petang tu tak pernah eh. Malu jek anak dara camtu.




Gambar pertama mestilah tempat makan. Tu penting tu. Hihi. Tapi tu la kan. De satu jek kafe melayu. Jadinya tiap2 hari la makan kat situ kecuali kuar makan kat luar.




Ini dewan kuliah.



Duduk tepi tasik dating cun ni. Haha



Blok B.

Cuba teka kat mana. Hehe. Yang dah tahu senyap2 sudah...:p



28.1.11

Unedited version

Tunggu gambar dari OP belum siap lagi. Tapi banyaklah jugak gambar2 dari kamera2 saudara-mara yang sukarela amik gambar. So, aku paksa rela bagi gambar kat aku sebab tunggu budak kecik OP tu punya gambar tak siap2 lagi.

Ye, aku panggil OP budak kecik sebab dia baru 17 tahun..haha

Ni cubaan berani mati amik OP muda kemain. Tak pernah kenal & tengok pun hasil kerja dia. Tak kisah lah. Nanti dah siap, aku share hasil kerja dia. Mana lah tau ada yang nak tempah untuk majlis korang lak kan:p

Maafkanlah kalau muka aku dalam gambar2 ni tak semenggah. Kalau edit cun la sikit gambarnya kot. Tapi aku takde software nak edit. Hehe




Mwahh..Mwahh.
Haa..yang 2 orang budak nampak kepala dengan badan jek tu lah OP. lol




Gambar curi:p



Satu2nya abah terbaik di dunia anugerah Allah untuk aku:)



Abang terbaik. Tolong gorengkan ayam celup tepung ala KFC
Yang baju kuning 2 orang tu tolong gak. Tolong dating kat dapur kot. Haha



Kakak dan Marsya. Tangan+mulut Marsya penuh dengan coklat. Amik dari bakul hantaran. Suka2 dia jek kan. Siap bagi2 kat orang lain gi. Sabar jek lah. lol




Lagi gambar curi




Sayang sangat kat budak muncung ni!!~






27.1.11

Bagi motivasi sikit

Memang bencinta lah dengan internet utp sekarang. Gila teruk! Dah dekat seminggu macam ni. Ada yang kata kena tukar proxy. Dah tukar pun kejap jek ok. Pastu gila. Pastu ok. Lama2 aku yang bengang. Tutup jek lah internet ni. Tu yang tak update blog tuh.

Ok tak alasan ni?Hehe..

Ni kisah 15hb lepas. Kem motivasi untuk anak2 staf Petronas. Anjuran Biro Pendidikan Petronita. Peserta dekat 2 ratus orang, terdiri daripada 3 kumpulan. Kumpulan nak ambil UPSR, PMR dan SPM. Ramai gila yang join aku rasa sebab bayaran murah sangat. RM10 seorang. Yang cuma dapat cover makanan peserta jek. Makan dah 3 kali sehari. Yang lain2 duit2 lecturer2 utp yang murah hati sedekah:p

Tajuk bengkel motivasi ni 'Facebook vs Faithbook'. Ke sebab tajuk ada fb, ramai budak2 suka. Mungkin jugak kan..hurm..Sehari jek bengkel ni dari 8am sampai 5pm. Aku jadi fasi. Ada berapa orang ek fasi. Lupa dah. Rasanya 6 orang. Jadi fasi uruskan 1 aktiviti jek. Pastu tolong2 apa yang patut. Yang lamanya ceramah pasal fb vs faithbook ni laa..



Ini tukang bagi ceramah. Aaron Ikram Mokhtar dari Cyber Security Malaysia. Kenal tak?? Aku kenal. Bangga lak tiba2. Haha...Aaron ni salah seorang finalis The Biggest Loser season 1. Kalau yang follow program tu mungkin cam lah..

Aaron ni banyak cerita. Macam2 kisah ada kaitan fb dia cerita. Dan langsung tak bosan sebab dia bessssssttttt...kelakar! Tu yang semua fasi pun khusyuk dengar ceramah dia. Tak caya tengok gambar bawah ni:p



Kat pertengahan aktiviti tu, adalah kena buat exercise sikit bagi budak2 ni segar. Lepas tu sambung dengan aktiviti yang di handle fasi. Aku dengan Yan dan Tiah. Handle grup pelajar2 UPSR. Macam2 gaya ada..suruh bergerak bebas boleh siap2 langgar dinding. Cita2 nak jadi manager estet. Kelas ok! Aku umur2 dorang ni cita2 standard budak2 lagi. Cikgu, doktor, pilot. Tu pun tak tau apa2 sebenarnya.



Fasi, abang Keyrel tengah buli budak2. Lepas tu budak2 kena bebel sebab tak ikut arahan dia. Gila garang abang ni. Haha






24.12.10

Dush..aku malas

Dush..dush:'(

Aku memang pemalas nak mamp..sebenarnya banyak jek cerita2 yg nak cerita. Tapi apasal la sindrom malas nak update blog ni berjangkit kat aku. Siapa punya kerja ni? Cepat mengaku! Tak pasal2 nak salahkan orang lain kan. Padahal ko memang pemalas. Haha

Memanglah sebenarnya aku sibuk gak sebab banyak kerja tapi masa takde kerja pun aku malas nak update. Kira sekarang ni macam da insaf lah. Meh kita update blog rajin2!!


Psst..psst nak bitau ni. Aku jadi cikgu tusyen sekarang ni. Percaya tak? Percaya tak? Aku pun macam tak percaya. Mula2 bila pelajar aku panggil aku 'cikgu' pun aku tergamam 10 saat. Haha..Bengong. Nak tau aku ajar subjek apa? Cuba teka dulu..

Bahasa Melayu? Bukan..

Bahasa English? Ni jangan merepek. Aku pun sampai sekarang lingkup

Matematik? Bukan jugak...

















Aku ajar Fizik tingkatan 4 dan tingkatan 5. Fuhhh..sendiri pun tunggang-langgang fizik masa sekolah nak ajar orang kan. Eh, tapi aku pastikan pelajar aku tak tunggang-langgang macam aku laa..lol. Amanah tuh. Sekarang tak boleh la main2 kan. Dah tua kena banyak sikit rasa tanggungjawab. Ceh:P





18.11.10

Semakin bosan

Sejak kebelakangan ni aku semakin bosan dengan kehidupan yang dilalui. Terlalu banyak masalah yang datang. Kadang-kadang bertimpa2. Tsk. Aku berusaha nak cepat habis belajar, tapi makin cepat aku nak habis, makinla baaaannnnnnnyaaaaaaakkkk halangannya. Memang semua orang yang tahu akan cakap banyak2kan sabar. Tu aku tau tu. Tapi sabar kita ada hadnya kan??

Aku akui aku manusia biasa. Tapi sebab manusia biasa tu lah aku dah jadi makin bosan, penat, putus asa dan rasa macam nak lari jauh2. Tapi apa yang aku dapat kalau aku lari..hurm

Lab pun makin banyak hal dengan student. Student banyak yang suka melawan. Tak hormat cakap2 aku. Pertikaikan kerja yang aku buat. Disebabkan itu, semester ni aku dah mula tinggikan suara dengan student. Mula marah2.. Aku ke yang terlalu emosional?

Ah, macam2 lagilah masalah. Tesis aku dah boleh dikatakan hampir bercendawan tak lama lagi sebab kena perap. Bilalah kan sv aku boleh luangkan masa nak semak? Tapi nak buat macam mana kan. Nak cakap2 banyak kali tapi dia cakap 'I busy. I check later' nak buat macammana. Nilah kan kalau berurusan dengan orang. Sabar lagi..

Kesimpulannya, aku bosan berada di sini!


Urusan perhubungan aku pun kadang2 rasa semakin rumit. Dengan elaun seciput sekarang, nak kumpul duit untuk tunang @ kahwin pun agak payah. Ye, nak tunang @ kahwin perlu duit ye. Dan aku bukan jenis nak harapkan mak ayah sponsor kalau ada yang tak cukup. Harap duit hantaran lelaki, aku tak rasa cukup. Aku sendiri kena ada duit kan?



Ini entri emosional. Patut korang tak payah baca=p




9.11.10

Sambungan cerita lepas..

Memang dah plan nak sambung cerita pasal pelajar timur tengah yang aku cerita beberapa hari lepas. Tak kisahlah korang follow ke tak. Tak kira. Nak kira gak! lol.

Last cerita lepas pasal aku dan Dee bagi student tu 0 untuk markah oral presentation kan. Memang dia layak dapat 0 pun, bukan sebab kami geram, marah, tak puas hati dengan dia ke apa pun. Ish adil kan. Amanah tuh. Hehe. Dia memang tak dapat jawab satu apa soalan pun. Lepas tu macam kosong langsung pasal eksperimen yang dia sendiri buat. So, memang 0 lah kan??

Habis lab, dia datang jumpa Dee. Dia tau Dee yang bagi markah. Dia tanya kenapa dia dapat 0. Dia sepatutnya dapat markah yang bagus, 0 tu tak layak dia dapat. Dee terangkanlah sebab musababnya..Eh, dia tak puas hati. Siap tunding2 jari lagi kat muka Dee. Kurang asam kan?

Memang gaduh lah kiranya masa tu. Dee nak cakap, dia potong. Siap beritahu ' I got A for Physic I' . So what?? Ko ingat ko dapat A Fizik I, Fizik II pun confirm dapat A gak ke? Nak A boleh. Tapi buatlah eksperimen betul2 kan..

Dah bertekak bukan main. Dia cakap nak report dengan pensyarah. Go ahead! Dee cakap..Haha




Ok. Sambung lagi nanti..




8.11.10

Berita sedih..Al-Fatihah

Tengah hari tadi buka fb tengok status kawan2. Tu jek lah medium sekarang nak update cerita pasal kawan2 kan. Nak keluar lepak ramai2 memang susah nak cari masa yang sesuai.

Tetiba ternampak status fb Kak Syawal beritahu ada 3 orang student lab Fizik II kemalangan dan salah seorangnya meninggal dunia. Terperanjat. Student aku ke?? Komen kat status tak dapat reply, terus mesej Kak Syawal. Sah..memang student aku pun.

Ingatkan orang Malaysia, ajaklah Kak Syawal melawat. Rupa2nya international student. Hurm. Takde rezeki lah kan. Mayat student pun dah diterbangkan bawa balik ke Dubai untuk kebumi. Al-Fatihah. Kesian lah aku kat arwah dan keluarga. Arwah tak sampai setahun pun belajar kat Malaysia, dah jadi macam ni. Takde rezeki lah nak habiskan belajar dan habiskan degree.

Lagi dua orang cedera, ada kat hospital. Dengarnya kemalangan kereta. Berlanggar dengan lembu dekat2 dengan Tronoh. Haish..bahaya lah kalau binatang ternakan tak dijaga elok2. Biarkan berkeliaran jek. Sebelum ni pun ada student utp meninggal terlanggar kerbau.

Tuan2 bela kerbau, lembu ni tolong lah jaga ternakan betul2. Binatang2 tu tak sepatutnya ada kat jalan raya. Binatang tu takleh fikir, kita yang manusia ni lah kena fikir. Kan?

Jomlah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada si mati. Amin




6.11.10

Pelajar timur tengah

Tajuk tak 1Malaysia la... Tapi memang nak cerita pasal orang bukan Malaysia pun. Tapi please ok. Jangan ingat aku nak diskriminasi ke apa. Takde niat itu ye!

Salah satu kerja aku kat utp ialah jadi lab demonstrator untuk subjek Fizik II. Ni kira semester ke-3 lah aku buat kerja yang sama. Semua eksperimen pun memang dah hafal dalam kepala, tak yah nak selak2 lab manual. Tapi kadang2 lupa gak. Haha..Semester ni kira memang nasib aku 'baik' sangatlah sebab kebanyakan student foreigner yang dalam kelas aku.

Ok tu takpe. Tapi kejadian minggu lepas memang menguji angin dalam badan aku=p

Sesi lab ni aku buat dengan kawan aku, Dee. Ada seorang student. Dari timur tengah. Dari awal minggu pertama lab lagi dia dah buat hal.

Minggu pertama: Datang lambat! lebih setengah jam. Overslept. Tapi kira bagi can lah kan. Kesian kononnya nak buat lab. Tapi yang geramnya. Dia datang lab macam orang mamai, lalok. MABUK ok!!! Kira boleh bau laa minuman anggur die tuh..Buat lab entah apa2. Dee marah tengking baru buat ok sikit. Aku perhati dari jauh jek la. Sebab dari awal Dee yang ajar dia.

Minggu kedua: Datang lambat lagi. Tapi seperti biasa buat eksperimen mengarut tak habis. Lab manual tak reti baca. Lepas tu bila die tanya aku, aku tunjuk mana yang kena betulkan. Aku tunjuk jek. Takkan aku nak buatkan. Eksperimen sendiri. Boleh pulak die tak betulkan. Pastu panggil Dee lak tanya apasal tak dapat. Tapi tak betulkan gak. Setiap kali kitorang lalu, mesti die panggil tanya. Yang kurang ajarnya kan

Bila Dee tanya kenapa tak betulkan, die leh cakap aku tak cakap BI. So, die tak faham. Eh ingat aku cakap bahasa tamil ke apa!

Bila aku tanya lak, dia cakap Dee taknak tunjuk. Tengok pastu blah jek.

Sesuka hati nak melaga kan orang. Wei, aku da sama2 buat lab dengan Dee 3 sem ok. Ko tak payah nak menipu!

Aku ngan Dee memang dah tau sangat dah. Die nak kitorang pasangkan, set up etc. Die tau nak dapat results jek. Boleh blah!

Minggu ketiga (minggu lepas): Datang lab pakai track suit. Ini salah ok. Tak proper attire. Zip jaket dah lah zip 3/4 jek. Terkeluar bulu2 dada budget seksi tapi sebenarnya geli! Tapi aku dengan Dee malas nak tegur. Masa lab tetiba komputer lab grup die siap keluar bunyi warning. Entah apa yang die mengarut buat eksperimen pun aku tak tau.

Bila aku datang kat meja eksperimen, tengok power amp. salah sambung. Ground dengan signal pun xtau. Yang lain jangan tengoklah. Aku angin lah kan. Dah eksperimen 3 still tak tau guna power amp. Yang geram die dengan kawan die (dak timur tangah gak) melawan. Aku cakap sepatah, berpatah2 perkataan lah yang keluar. Bila aku suruh pasang semula, buat bodoh. Boleh cakap bukan salah dorang komputer tu bunyi warning.

Group ni ada 3 orang. Sorang lagi budak melayu. Last2 aku suruh budak melayu tu yang bukak balik connection yang salah tu semua. Masa ni aku dah cakap melayu dah. Cakap dengan dak 2 ekor foreigner tu bukan nak dengar. Kesian lak aku tengok dak melayu ni boleh 1 group ngan dak2 foreigner ni.

Untuk tiga2 eksperimen ni aku dengan Dee bagi die markah 0 untuk oral presentation. Wahaha..

Eh ada lagi yang jadi. Tak habis cerita lagi ni. Nanti sambung..





20.10.10

Suami isteri paling bahagia:)

20.10.2010

Cantik kan tarikh hari ni? Menyesal tak plan apa2 perkara bersejarah hari ini. Plan tunang ke kahwin ke. Haha. Tak menyabar! Nak plan untuk grad macam takde harapan. Nak semak tesis pun SV aku takde sampai bulan Jan tahun depan. Ah malas la nak fikir pasal hal studi2 ni kan..Tak syok lah. InsyaAllah ada rezeki berjaya lah aku grad. Semoga Allah SWT permudahkan urusan aku. Amin.

Ok balik pada cerita hal kahwin2 ni. Aku dapat sesuatu yang berharga sempena besday aku bulan lepas yang ada kaitan pasal kahwin2 ni. Semua hadiah besday yang aku dapat berharga eh. Nanti ada yang sentap lak kang! Nak jaga hubungan persahabatan ni bukan senang. Nanti ada jek yang fikir negatif2 hal kecik2 macam ni. Penat ah nak layan. Cumanya, ni jek yang 'lain' sikit sebab ada kaitan pasal kahwin ok!

Aku dapat taraaaa...




Hadiah ni pemberian Didi, housemate aku. Tak sampai setahun pun lagi kami ber 'housemate'. Cumanya sebab dia ramah and banyak cakap, senanglah aku ngam dengan dia. Awal2 dulu selalu gak keluar sama2 pergi makan ke, pergi pasar malam ke, tapi sekarang dah jarang sangat2. Mungkin sebab masing2 dah sibuk dengan urusan sendiri, ye lah jadual tak sama kan. Aku pergi lab, dia kat bilik. Aku balik, dia lak pergi=p

Suami Isteri Paling Bahagia. Didi siap cakap lagi

"Ni khas untuk akak. Akak dah nak kahwin kan. Hopefully buku ni membantu"




Terharu rasa. Memang kena baca dan khatamkan sampai habis. Banyaaaaak sangat info yang berguna. Tapi sekarang tak sempat lagi. Huhu. Aku baru baca sikit2. Yang penting buku ni best. Kalau tak, takkanlah best seller dan sampai tiga kali cetak. Berkenan? Beli2. Aku galakkan. Harga pun ok tak mahal. Tapi ilmu yang kita dapat tu lebih2 berharga kan. Kalau takde plan nak kawin lagi pun boleh jek beli. Ilmu kan. Dari ko buat benda2 tak berfaedah dan merepek! Hihi

Ni antara ayat best aku terjumpa dalam buku ni.




Cinta abadi meyakini pasangan kita adalah insan terbaik kurniaan Allah kepada kita, walaupun ramai insan yang lebih baik daripadanya. Hargai dan sayangilah pasangan anda seadanya



Sweet kan?

Buku ni penulis dia Rosline Harun terbitan Kharisma Network Sdn. Bhd.






14.10.10

Open House Kak Linda

Nak tunjuk dulu sebahagian jejaka2 hensem di open house Kak Linda. Haa pilih2. Yang baju merah dengan putih tu jek yang tak available. Eh banyak pulak baju putih. Putih yang hujung sekali ye! Haha..




Haish ni lah jadinya kalau terlebih rajin update blog ni. Entri open house keluar kat blog pun bila raya dah sampai penghujung. Patut kena contohi blogger2 lain yang blog sentiasa berupdate. Takdelah jadi cerita basi cam entri aku:p

Tapi yang bestnya, inilah satu2nya open house yang aku pergi sepanjang sebulan raya. Sedih tak sedih gak lah. Haha. Kak Linda ni dulu housemate aku pastu bila anak dia dah lahir, dia pindah sewa rumah dekat2 bandar U. Senanglah kan kalau suami dia nak datang. Kalau dok hostel ko tau jek la kan. Nak jumpa lepak2 kat mana lak kan:p

Kak Linda ni tengah sarat mengandung anak kedua. So, dia buat open house ni sekali lah dengan jamuan perpisahan sebab Kak Linda dah nak pindah dok KL ngan suami dia. Sebelum ni kan dok asing2. Dia kat Tronoh, suami kat KL. Dah nak bersalin, kenalah dekat ngan suami. Nanti kalau apa2 jadi senang. Susahlah jugak kalau masa belajar dah ada anak, suami ni kan. Hmm..

Makanan semua dimasak oleh Kak Linda. Orang kahwin mesti terer kan bab masak2 ni. Aku ngan Yan tolong2 camtu jek la. Tapi nampak tak ada lodeh tu?? Aku yang masak. Yeay. Bangga walaupun rasa takdelah sedap sangat. Garam pun Kak Linda tolong adjust sebab tawar. Haha. Mus sponsor kek batik dengan puding roti. Sedaaaap!! Rasa nak belajar buat dengan Mus tapi entah bila. Hehe. Nak tempah soh Mus buat pun nanti banyak tak habis..




Kek batik si Mus ni buat siap ada tabur2 kelapa kering lagi tuh. Memang best lah. Menarik dan sedap. Tapi betullah kan orang cakap kadang2 lelaki masak lagi sedap, pastu presentation pun menarik..Sebab tu kot chef2 banyak yang lelaki.



Puding roti ni Mus cakap baru first time buat. Tapi tu pun dah sedap dan cantik. Kalau ber time2 buat, mesti lagi kebabom rasa. Haha.

Kitorang bergambar kenangan sebelum berpisah. Ala comelnya Eisya. Eisya ni anak sulung Kak Linda. Yang kedua dalam perut tak keluar lagi:p Terima kasih Kak Linda sebab belanja kami makan. Makanan sedap2 sampai tapau bawak balik. Esoknya pun makan mee kari dengan nasi impit lagi. Hehe..




6.10.10

Tayar oh tayar

Sebenarnya hari ni aku plan nak cerita pasal majlis tunang adik aku. Aku da tulis sikit2 da pun pastu save dalam draft. Ingat nak sambung pastu publish. Setel. Tapi last2 tak setel sebab nak cerita pasal tayar dulu. Hihi. Jadinya pasal adik aku tunang, esok aku cerita k. Boleh? Mestilah boleh kan sebab blog ni aku jek pun yang leh tulis entri. Haha..

Pas maghrib malam tadi masa balik dari Taman Maju, aku terperasan tayar kereta aku ada satu pancit. Flat. Aku dah lama tak gerak kereta jadinya tak perasan. Mungkin dah pancit semalam atau semalam lagi tapi 3 hari lepas;p Lately, aku gi kelas jalan kaki. Saje nak exercise sebab nak harap aku jogging petang2 harapan jek la. Heh. Konon nak badan sihat tanpa selulit=)

Sebelum ni pernah gak sekali pancit. Flat gak. Tapi aku tak sure tayar yang sama ke tak. Pastu mintak tolong kawan tukar tayar spare dan bawak tayar pancit tu ke kedai. Check punya check tayar tu takde masalah apa2. Sihat walafiat. Haish..Saje jek kan nak gurau senda.


Bukan gambar sebenar. Ini dari google!


Kali ni punya pancit aku taktau lah tahap kesihatan tayar tu camne. lol. Mungkin sihat gak atau pun tercucuk paku, bocor etc. Kita tunggu esok ye! Sok baru nak bawak ke bengkel. Sebab siap pam tayar tadi dah pukul 12.30am. Tuan punya bengkel aku rasa semua dah beradu. Aku rasa. Hehe. Siang kerja keras kan

Oh, jutaan terima kasih kepada Ajis sebab sudi jadi tukang pam tayar. Walaupun sambil pam, usha awek2 yang lalu. Walaupun sebenarnya dah termengah2. Tiap kali awek lalu, terus cover hensem:p Tak kisahlah kan. Yang penting dia pam. Aku layankan jek. Juga kepada Azuan sebab bagi pinjamkan pam. Eh ada lagi. Dee dan Yan sebab jadi tukang teman:)



3.8.10

Sticker baru

Semalam hari yang mengada2. Eh bukan hari yang mengada2. Aku yang mengada2 sebenarnya..haha. Sebabnya takde kerja pergi solek2 bagai siap pakai mascara, eye shadow, lipstick, blusher, eye liner bagai. Lum campur pakai foundation dan segala jenis powder yang de. Nasib baik contact lense warna aku dah habis. Kalau tak, mesti aku pakai gak..hik

Tau aku g mana? Cuma pergi kaunter finance bayar caj sticker baru pastu pergi security office buat sticker baru untuk kereta. Entah apa2! Tak keluar dari kawasan utp pun. Hehe..

Kalau korang2 yang biasa2 make up2 bagai nak pergi mana2 tu takpe. Tu tak kira mengada2 ok. Jangan kecik ati tak pasal2 lak. Hehe..Kalau tetiba macam aku sebab bengong tak ingat tu yang kira mengada2:p

Oh sticker baru dah dapat. Boleh lah keluar masuk utp sesuka hati seperti biasa.

Pakcik guard jangan lah asyik nak tahan2 kereta mintak kad matrik bagai. Dah ada sticker utp tu kira student sini la..bazir minyak tau benti2 brek ni..;p




29.7.10

2 tahun!

Sekarang dah 12.37am, 29 Julai 2010. Bersamaan jugak dah 2 tahun genap aku belajar di utp tercinta ni..tercinta sangat!!

Terlalu banyak lah kenangan pahit manis di sini. Mungkin sekarang ni aku rasa tak sabar2 nak tinggalkan tempat ni, tapi aku rasa mungkin aku akan terindu2 tempat ni bila aku dah habis belajar kat sini. Tempat ni lah yang mengajar aku jadi betul2 dewasa..betul2 matang untuk menghadapi pelbagai ragam kehidupan. Tak salah aku rasa nak cakap utp ni tempat minda aku 'membesar':) Kesabaran aku pun banyak teruji kat cni

Apa yang aku boleh list kan ek? Banyak sangat sebenarnya benda2 yang jadi kat aku tapi antaranya:

  • tak boleh tidur malam hampir dua bulan
  • sakit tapi tak tau sakit pe, last2 kena cuti belajar, balik berubat kat umah
  • dapat 2 ex-rumet dan 1 rumet
  • dapat 7 ex-housemate. Banyak kan??
  • masa simposium 1st dan 2nd kena hentam gila2 sampai rasa nak nangis kat situ gak. Balik bilik nekad nak berhenti! tapi aku masih kat sini gak sekarang..hehe
  • ada co-SV yang aku takut gila nak jumpa sampai sekarang sebab sesuatu 'hal'
  • aku sampai sekarang simpan lagi mesej2 SV aku dulu yang selalu ambil kesempatan kat aku untuk buat kerja2 yang tak sepatutnya. Bukan berdendam ke nak saman dia ke apa. Cuma mesej2 tu kenangan aku..hihi
  • jurnal aku kena reject.haha..jadi isu besar lagi kat director PG ofis
  • makin dapat bezakan kawan dan lawan
  • bela dah banyak ekor ikan tapi semua mati. Sekarang ada 2 ekor ikan puyu peneman setia aku (^.^)
Banyak lagi lah. Yang sangat2 pahit biar aku simpan sendiri ek. Hehe..Jom tengok gambar lak;p


Inilah library. Mula2 masuk, aku pun kagum gila. Sekarang biasa2 jek..kikiki

Ini lakonan semata2. Aku bukan selalu di library. Sejuk gila sampai gigil2. Baik dok bilik:P

Ini masjid UTP. Aku selalu jejak. Tapi masa bulan puasa jek lah. Sembahyang terawih. Bulan lain ada ke??Takde rasanya..hehehe

Ini pentas dalam Dewan Cansellor. Bagi yang tak tau, Cansellor UTP ialah Tun Mahathir:) Pelajar2 utp memang rajin buat macam2 aktiviti. Bagus!

Ini 'seat'2 dalam Dewan Cansellor. Ada 3 tingkat. Kalau masa musim periksa, semua kerusi2 ni boleh lipat biar dewan ni luas dan kosong

Cukuplah tu kan. Kalau tengok sendiri lagi cantik. Meh2 pakat datang utp ramai2. Sementara aku de ni leh la jadi tourist guide:P

Oh, lastly. Terima kasih kat semua kawan2 aku yang masih bersama aku sampai sekarang. Terima kasih kerana mempercayai aku sebagai kawan. Terima kasih jugak dengan sokongan2 yang diberi. Terima kasih kerana menerima aku seadanya. Aku memang tak sempurna. Memang..