6.10.10

Tayar oh tayar

Sebenarnya hari ni aku plan nak cerita pasal majlis tunang adik aku. Aku da tulis sikit2 da pun pastu save dalam draft. Ingat nak sambung pastu publish. Setel. Tapi last2 tak setel sebab nak cerita pasal tayar dulu. Hihi. Jadinya pasal adik aku tunang, esok aku cerita k. Boleh? Mestilah boleh kan sebab blog ni aku jek pun yang leh tulis entri. Haha..

Pas maghrib malam tadi masa balik dari Taman Maju, aku terperasan tayar kereta aku ada satu pancit. Flat. Aku dah lama tak gerak kereta jadinya tak perasan. Mungkin dah pancit semalam atau semalam lagi tapi 3 hari lepas;p Lately, aku gi kelas jalan kaki. Saje nak exercise sebab nak harap aku jogging petang2 harapan jek la. Heh. Konon nak badan sihat tanpa selulit=)

Sebelum ni pernah gak sekali pancit. Flat gak. Tapi aku tak sure tayar yang sama ke tak. Pastu mintak tolong kawan tukar tayar spare dan bawak tayar pancit tu ke kedai. Check punya check tayar tu takde masalah apa2. Sihat walafiat. Haish..Saje jek kan nak gurau senda.


Bukan gambar sebenar. Ini dari google!


Kali ni punya pancit aku taktau lah tahap kesihatan tayar tu camne. lol. Mungkin sihat gak atau pun tercucuk paku, bocor etc. Kita tunggu esok ye! Sok baru nak bawak ke bengkel. Sebab siap pam tayar tadi dah pukul 12.30am. Tuan punya bengkel aku rasa semua dah beradu. Aku rasa. Hehe. Siang kerja keras kan

Oh, jutaan terima kasih kepada Ajis sebab sudi jadi tukang pam tayar. Walaupun sambil pam, usha awek2 yang lalu. Walaupun sebenarnya dah termengah2. Tiap kali awek lalu, terus cover hensem:p Tak kisahlah kan. Yang penting dia pam. Aku layankan jek. Juga kepada Azuan sebab bagi pinjamkan pam. Eh ada lagi. Dee dan Yan sebab jadi tukang teman:)



2 comments:

  1. nnt kite g workshop ye... huhu~

    ReplyDelete
  2. udah setel. tq2. arap2 pasni tak pancit g. rasa mcm nak standby pam dlm kete;p

    ReplyDelete