31.12.10

Undangan..Jemput datang ye!

Aku memang tak sabar nak jemput. Lagipun kalau lambat2 nanti terlupa. Tapi card designer ni sibuk memanjang. Aku soh emel kad yang final dia cakap tak payah. Sebab sama jek cuma yang salah dah betulkan. Ok fine lah. Malas aku nak bising2 lagi. Kakak sendiri lagipun kan. lol

Jadinya,

Aku dengan rendah hati ingin menjemput kawan-kawan ke majlis pertunangan aku beralamat di Kluang pada 9 Januari 2011 bersamaan 4 Safar 1432H, Ahad jam 2.30 petang. Alamat penuh boleh tengok di kad ye! Aku tahu rumah aku jauh nun kat selatan tuh, tapi kalau ada kesempatan datanglah. Aku sangat2 menghargainya:)





Dalam kad ni yang aku potong tu salah tarikh. Masa tu pakai letak jek dulu sebab belum semak kalendar islam. Ejaan insya'Allah pun salah. Tapi versi print dah siap betulkan semua2 tu lah. Cuma versi softcopy jek designer kad ni malas nak layan bila aku suruh emel. lol

Kalau tanya bab warna tema, tengok kad pun dah boleh agak kot. Takkanlah tema aku pink tapi kad tak pink lak kan. Hehe. Kalau nak kad ni versi print, macam harapanlah sikit. Sebab aku sendiri tak tengok lagi kad ni. Kad di Kluang, aku lak dok tercampak kat Tronoh ni. Setakat ni kad2 cuma diedarkan oleh mak aku. So, kawan2 mak aku jek lah yang dapat. Haha. Tapi kalau sempat aku bagi. Tapi serius memang tak janji. Sori..

Jemput datang tau.





2 comments: