Showing posts with label majlis pertunangan. Show all posts
Showing posts with label majlis pertunangan. Show all posts

13.3.11

Muda-muda dah menipu..sumpah nak?

Cam kasar lak kan. Tapi biarlah. Dah lama simpan geram ni. Sabar pun dah lama. Nasib baik sumpah ni bukan boleh suka2 hati jek. Kalau boleh, memang aku dah sumpah budak kecik ni jadi...jadi pe eh?? Jadi..entah nanti fikir:p

Ni kisah OP aku masa tunang. Dia dah hilangkan diri taktau kemana. Call, sms tak pernah angkat @ reply. Duit dah bagi beratus2 kat budak tu. Adik aku siap datang rumah keluarga dia cari. Boleh pulak mak bapak dia boleh cakap tak tau anak dia kat mana. Mula2 cakap anak dia kerja kat Batu Pahat, pastu adik aku datang lagi tanya, eh kerja kat pulau pulak. Pastu last2 tak tau kat mana. Makcik pakcik bohong eh?! Takpe biar Allah balas. Saya tak balas.

Bukan nak ganggu keluarga dia pun. Cuma nak album tunang aku tu jek. Duit dah ambil kan. Jangan lah hilangkan diri macam ni. Janji 2 minggu siap. Ini dah 2 bulan lebih taktau apa berita.

Siap main2kan adik aku lagi eh. Adik aku ni dah tak tau nak cari kat mana dak tu, pergi lah datang rumah keluarga dia. Bapak budak tu cakap anak dia takde, nanti dia mintakkan album kat anak dia dan bagi kat adik aku. Selang dua hari, bapak dia call adik aku soh datang amik album. Adik aku datang, rumah berkunci. Tak de orang. Bukan sekali camtu eh. Berkali2. Ingat adik aku mat despatch ke apa? Orang macam ni pun ada ke..hurm

Aku cakap dengan adik aku soh cakap dengan keluarga dak tu, aku nak report polis. Bila adik aku datang cakap macam tu, boleh pulak mak dia buat drama nangis2 cakap jangan report polis. Anak dia budak baik. Nanti gelap masa depan kalau ada rekod polis.

Benci ah. Ko tau tak anak ko ni dah menipu?? Tu baik ke makcik??!

Sian adik aku tau macam takde kerja lain asyik cari budak tu tak jumpa. Yelah kan. Aku kat Perak. Adik aku lah yang ada kat Kluang leh tolong cari. Kenapa main2kan adik aku camtu..

Ah, tak kira. Sabar aku dah tipis ni. Kalau dah takde sabar, memang aku report polis.

Masa tu saya tak peduli makcik nak nangis ke golek2 meraung yek:(


28.1.11

Unedited version

Tunggu gambar dari OP belum siap lagi. Tapi banyaklah jugak gambar2 dari kamera2 saudara-mara yang sukarela amik gambar. So, aku paksa rela bagi gambar kat aku sebab tunggu budak kecik OP tu punya gambar tak siap2 lagi.

Ye, aku panggil OP budak kecik sebab dia baru 17 tahun..haha

Ni cubaan berani mati amik OP muda kemain. Tak pernah kenal & tengok pun hasil kerja dia. Tak kisah lah. Nanti dah siap, aku share hasil kerja dia. Mana lah tau ada yang nak tempah untuk majlis korang lak kan:p

Maafkanlah kalau muka aku dalam gambar2 ni tak semenggah. Kalau edit cun la sikit gambarnya kot. Tapi aku takde software nak edit. Hehe




Mwahh..Mwahh.
Haa..yang 2 orang budak nampak kepala dengan badan jek tu lah OP. lol




Gambar curi:p



Satu2nya abah terbaik di dunia anugerah Allah untuk aku:)



Abang terbaik. Tolong gorengkan ayam celup tepung ala KFC
Yang baju kuning 2 orang tu tolong gak. Tolong dating kat dapur kot. Haha



Kakak dan Marsya. Tangan+mulut Marsya penuh dengan coklat. Amik dari bakul hantaran. Suka2 dia jek kan. Siap bagi2 kat orang lain gi. Sabar jek lah. lol




Lagi gambar curi




Sayang sangat kat budak muncung ni!!~






21.1.11

Engagement Part 1: Cake and Blossom

Hello..

For the 1st time, tajuk entri aku dalam BI. Sebabnya perah2 otak nak letak tajuk apa yang sesuai. Tapi tak jumpa. BM ni kan jiwang dia lain sikit. Bila nak letak "Majlis Pertunangan Episod 1: Kek dan Cendawan" aku sendiri yang rasa tak kena. Last2..keluar lah tajuk seperti di atas. Hentam sajalah. Haha

Untuk majlis ni, segala bab tempahan diuruskan oleh kakak aku. Aku tau bagi arahan nak macam ni macam tu sampai dia pening dan bising2. Nasib lah ada adik macam aku kan:p Seriusly, aku memang nak yang betul2 dalam budget aku, kek bentuk love, warna bla bla, souvenir kek comel tapi unik, taknak mufin@cup cake, puas hati, sedap, cantik. etc. Kira dengan bermacam2 syarat yang aku list kat kakak aku, hasilnya adalah seperti ni



Kek hantaran untuk pihak lelaki. Aku tak rasa sedap ke tidak.




Kek ni cantik yang penting. Kemas. Kira tukang buat ni memang teliti la.





Blossom strawberi

Inilah blossom. Comel sangat. Sekali tengok terus aku suka. Hehe..Pandai kakak aku pilih. Blossom ni ditempah dengan 2 jenis. Strawberi dan blueberry. Yang blueberry warna purple. Kalau makan tu, pergh sedap! Sebab dalam blossom tu ada inti strawberi/blueberry yang sedang2 jek manis dia. Memang boleh order lagi pasni. Hehe

Aku tempah 1000pcs untuk masuk dalam paper bag untuk tetamu. Sabtu malam tu semua pun gotong-royong packing blossom ni. Aku? Packing, ngap 1. Packing lagi, ngap 2 pulak. Yang lain pun sama. Haha

Dari komen2 tetamu pun, raaaamaaaaiiii yang cakap blossom ni sedap. Syukur sangat sebab kalau sedap kan orang makan. Pembaziran tu kan tak elok. Huhu



Marble Cheese Brownies.



Untuk makan2 sendiri. Serius sedap. Ini bukan 1st time order. Aku memang selalu soh kakak aku tempah setiap kali aku balik kampung:p


Semua ditempah di Noris Kitchen. Gambar2 pun aku amik dari blog NK ni. Sebab gambar aku sendiri tak siap lagi






5.1.11

Progress beberapa hari sebelum majlis

Berapa hari jek lagi..hurm..

Harap2nya semua berjalan lancar. Amin. Kawan2 pun tolong doakan sekali ye! Untuk majlis ni, aku terpaksa tak boleh cerewet. Sebab semua pun berurusan dari jauh jek. Call, SMS, emel etc. Kalau boleh jumpa, belek2 dulu sebelum tempah, mau banyak songeh aku ni. Hehe.

Setakat ni hampir semua persiapan dah siap. Adalah sikit2 yang belum. Slow2 lah. Keluarga aku banyak tolong. Ye lah kan. Aku main call jek. Nak survey tempat, barang2 semua, memang mak dengan abah aku punya kerja. Bab kek dengan doorgift serah bulat2 pada kakak aku. Aku percaya jek dorang:)

Lepas majlis aku update lagi.




31.12.10

Undangan..Jemput datang ye!

Aku memang tak sabar nak jemput. Lagipun kalau lambat2 nanti terlupa. Tapi card designer ni sibuk memanjang. Aku soh emel kad yang final dia cakap tak payah. Sebab sama jek cuma yang salah dah betulkan. Ok fine lah. Malas aku nak bising2 lagi. Kakak sendiri lagipun kan. lol

Jadinya,

Aku dengan rendah hati ingin menjemput kawan-kawan ke majlis pertunangan aku beralamat di Kluang pada 9 Januari 2011 bersamaan 4 Safar 1432H, Ahad jam 2.30 petang. Alamat penuh boleh tengok di kad ye! Aku tahu rumah aku jauh nun kat selatan tuh, tapi kalau ada kesempatan datanglah. Aku sangat2 menghargainya:)





Dalam kad ni yang aku potong tu salah tarikh. Masa tu pakai letak jek dulu sebab belum semak kalendar islam. Ejaan insya'Allah pun salah. Tapi versi print dah siap betulkan semua2 tu lah. Cuma versi softcopy jek designer kad ni malas nak layan bila aku suruh emel. lol

Kalau tanya bab warna tema, tengok kad pun dah boleh agak kot. Takkanlah tema aku pink tapi kad tak pink lak kan. Hehe. Kalau nak kad ni versi print, macam harapanlah sikit. Sebab aku sendiri tak tengok lagi kad ni. Kad di Kluang, aku lak dok tercampak kat Tronoh ni. Setakat ni kad2 cuma diedarkan oleh mak aku. So, kawan2 mak aku jek lah yang dapat. Haha. Tapi kalau sempat aku bagi. Tapi serius memang tak janji. Sori..

Jemput datang tau.





22.10.10

Design & Printing

Bagi yang tak tahu, kakak aku sorang ni graphic designer. Kira dalam adik-beradik dia jek lah yang kreatif sikit, tangan tak keras, banyak idea kalau bab2 menghias ni dan kalau buat kerja ada seni, cantik, menarik, tertarik kira memang cun lah tak macam aku yang..........Malas lah kan nak kutuk diri sendiri. Haha..

Ceritanya, semalam aku chatting lah dengan kakak aku kat fb. Mula2 sembang biasa2 jek lah. Tetiba dia cakap

Angah: Jan, tengoklah blog angah. Baru buat
Aku: Pe url?
Angah: http://zaidesignprinting.blogspot.com/

Aku pun buka lah. Tengok2 pastu jamu mata lah apa yang ada

Aku: Ala blog design2. Bukan Ijan de nak tempah apa pun..
Angah: Banyak jek. Kedekut
Aku: Haa..angah buatkan Ijan tag terima kasih lah. Nak guna untuk majlis tunang
Angah: Bila nak tunangnya?
Aku: Entah. Tak tau lagi. Angah buat jek la dulu bila free
Angah: BONGOK!! Nak tunang pun tak tau bila


Tak pasal2 kan aku kena bongok. Siut jek..;p Nasib baik kakak sendiri..Dah memang aku tak confirm lagi bila tarikhnya. Aku jawab jek la tak tau..Haha. Apa masalah aku pun entahlah. Nak kata tak ready, rasa dah ready jek. Tapi aku macam tak boleh nak confirm tarikh bila..Warna tema lagi la. Tak berpuluh2 kali tukar. Aku rasa Ari pun pening malas nak layan=p


Oklah. Kalau korang ada yang berminat nak tempah ke design apa2 jek lah boleh lah pergi blog kakak aku. Tak kisahlah banner, tag, bunting, kad kahwin, jam, etc. Harga murah2 jek. Runding2 apa yang patut. Harga murah dan ikut kemampuan & budget yang korang nak. Senang lah kan. Nampak jam besar warna merah pink kat kanan blog ni? Nak klik kat situ pun boleh. Sama sajo..





13.10.10

Cincin batu-batu

Dah dua hari aku bersin tak berhenti2. Sakit hidung rasa macam nak tertanggal okey. Kepala pun sakit. Hati pun sakit sebab bersin ni bila la nak berhenti kan. Tapi takpe. Dugaan. Ceh! Tisu dah habis sekotak. Sekotak lagi bakal habis. Haha

Itu alasan jek la sebab tu aku tak update blog. Aku dah janji nak tunjuk hadiah masa langkah bendul kan..Ada ke yang tertunggu2?? Tak kisah lah ada ke tak. Nak gak letak kat blog ni. Hihi. Isi masa lapang sebab sepatutnya sekarang ni ada kelas tapi tunda minggu depan. Sambil taip ni pun bersin2 tak berhenti2 yep. Nasib baik dah stand by tisu banyak2:p

Inilah hadiah yang aku dapat masa tunang adik aku. Takde lah banyak mana pun. Kira kalau jual pun tak cukup nak cover majlis tunang aku nanti. Haha. Berangan lebih! Aku dapat taraaa..



Cantik tak? Cantik tak? Haha dah macam Eric lak cakap cantik tak banyak kali macam nak paksa orang cakap cantik:p Kalau korang rasa biasa2 jek pun aku tak kisah. Benda orang bagi free mestilah aku suka. Hehe..

Aku ada dapat gak kain ela buat baju dengan tudung. Baju warna pink2 ada campur hitam sikit. Cantik gak pastu tudung pink. Masa adik aku tanya suka baju warna apa, aku cakaplah nak warna kuning lembut. Sebab macam ayu gitu. Haha. Tapi takde kot sebab tu dorang bagi pink. Ke sebab aku lagi ayu pakai baju pink?? Ini perasan terlebih lah pulak kan.




Gambar baju ngan tudung takdelah. Nanti bila2 aku pakai aku tunjuk. Kalau teringat yek! Apa pun, terima kasihlah kat keluarga tunang adik aku sebab bagi cincin batu kat aku. Ingat dapat cincin biasa2 jek. Sekali dapat yang batu okay! Rezeki kan nak wat camne. Terima jek la. Kehkeh.





8.10.10

Majlis tunang

Inilah acara yang buat aku tak beraya sakan tahun ni. Tapi takpela. Adik punya pasal. Sanggup. Aku kan kakak yang baik. Adik nak tunang dulu pun takpe. Kena langkah bendul pun redha. Orang sibuk dok tanya 'kenapa bukan akak nya yang tunang dulu?' pun aku senyum jek. Kalau orang dok ngumpat2 cakap aku tak laku pun senyum gak. Orang dok cakap adik nya lawa, sebab tu orang nak..pun aku senyum gak. Terima hakikat aku kurang lawa. Haa..nampak tak betapa baiknya aku?? Ceh perasan! Haha

Tapi adik aku ni kan. Kira berani matilah. Lagi 2 minggu nak majlis, baru dia bagitau nak tunang. Itupun ter kantoi aku dengar perbualan dia ngan mak bakal tunang dia malam2. Aku paksa2 baru dia cakap nak tunang tapi taknak bagitau mak. Mungkin dia malu ke apa entah. Masalahnya dia dah cakap setuju dengan keluarga sebelah lelaki. Tapi keluarga aku tak tau apa2. Sengal kan?

Mak aku sebenarnya macam tak berapa setuju mula2 tapi nak buat macam mana kan. Pihak lelaki dah buat persiapan. Silap adik aku gak. Dia yang tunda2 nak bagitau mak aku sampai masa dah suntuk baru dia cakap. Entahlah. Mungkin dia malu kot. Takpun dia takut mak aku tak bagi. Ye la kan. Dia ada akak yang tak tunang lagi. Kira langkah bendul la. Alah tapi takut2 pun, dalam hati nak:p

Majlis mula dalam pukul 2.30pm, 18 September 2010. Seminggu sebelum majlis, tak usah cerita lah kelam kabut nya macam mana. Dengan raya nya lagi. Uruskan majlis adik aku lagi. Cerita paling kelam kabut masa nak beli songkok untuk hantaran. Pusing merata dekat 5-6 kedai semua tutup. Raya kan. Tokey songkok mestilah tutup lama sebab bulan ramadhan dah untung ribu2. Last2 songkok ayah aku yang jadi mangsa. Sian ayah aku takde songkok baru raya tahun ni...


Warna purple ni hantaran sebelah pihak adik aku. Bagi 9 dulang. Sebelah lelaki warna gold. 7 dulang. Cantik tak?? Semua gubahan tempah kat Ayer Itam. Dekat dengan rumah jadi senang lah kan. Beli satu barang, pergi hantar gubah. Kalau ada beli barang lagi, hantar lagi. Memang kejanya ulang alik uma-Ayer Itam jek lah sampai setel bab hantaran ni.


Pihak lelaki sekali datang 1 bas 3 kereta wei. Punyalah banyak. Dah macam majlis kahwin lak. Tapi memang dorang bagitau awal2 lah. Kalau tak, mesti tak cukup makanan. Disebabkan dah ramai yang nak datang, ayah ngan mak aku terus buat open house sekali. Senang cerita. Dah alang2 buat majlis kan. Kira sedara mara semua pun datang raya masa majlis tunang adik aku. 2 in 1 lah omputih kata. Kehkeh..

Lengkap kami satu keluarga. Budak kecik yang terselit tengah2 tu lah satu2 nya cucu mak ayah aku setakat ni.

Makanan utama, nasi ayam, kak ipar aku yang masak. Kira chef la hari tu. Kitaorang tolong2 jek. Tapi ada lah gak makanan sampingan yang mak aku tempah. Ada ayam golek, lemang, kuih-muih, bubur, buah2, kek coklat etc. Memang meriah dan best! Sebab ramai orang datang. Yang sedihnya, aku dok dapur jek tau. Kena tolong basuh pinggan, sumer2 lah kerja2 dapur. Berkorban tuh adik nak tunang. Haha



Yang paling kiri tu mak dan ayah aku. Macam dah janji lak dua2 keluarga pakai baju merah. Ke memang adik aku dah awal2 bagitau pihak lelaki kitaorang pakai merah?? Dia bukan leh cayer sangat tuh:p

Aku ada dapat hadiah sebab langkah bendul. Nanti aku tunjuk yek. Siap dapat cincin lagi (~.~)

Lega sebab majlis dah selamat.





7.10.10

Tahniah, Dee!

Sebab belum wish kat blog, jadi aku buat entri ni. Jumpa depan2 rasa macam dah wish tahniah. Eh ye ke? Macam ingat2 lupa lak..Dah kot. Hehe





Majlis tunang Dee masa hari raya ke tiga. Dia tak jemput aku datang pun. Tapi nasib baiklah tak jemput. Kalau da jemput, kena datang. Kluang-Teluk Intan tu bukan dekat. Kehkeh. Lagipun aku sibuk tolong2 apa2 yang patut untuk majlis tunang adik aku. Sampai nak raya uma kawan2 sendiri pun tak sempat. Kesana kesini layankan adik aku. Nak beli inilah, tempah inilah. Macam2 wo.

Serius lah aku rasa macam tak berapa rasa raya tu tahun ni. Beraya rumah orang pun kurang. Open house pun 1 rumah jek aku pergi dalam 3o hari bulan Syawal ni. Sedih! Kenduri kahwin lagi lah. Satu pun aku tak dapat pergi. Takpe2 raya haji nanti aku raya sakan:p



Dee tengah cuak ke masa ni?? Muka macam pelik jek. Hehe

Melihat pada gambar di atas, tema majlis warna kuning-hitam. Lawa dan kombinasi yang cantik. Dee cun la kan pakai baju kuning sebab kulit cerah. Aku tak sesuai kot. Apa pun. Woh. Mesti rasa best kan dah jadi tunang orang. Bila lah masa aku tiba lak yep??


Ramai yang bagi hantaran kek Secret Recipe kan sekarang. Aku pun nak tempah kek fondant Secret Recipe nanti. Haha. Berangan!

Gambar aku curi dari blog Dee. Dee, boleh ke curi ni? Kalau takleh bagitau, nanti orang delete;p