14.3.11

Kursus Pra-Perkahwinan

Yeay!!
Satu hal sudah selesai. Kursus pra-kahwin.

Mula2 rancang nak buat sendiri2. Aku kursus kat Perak, Ari kursus kat JB. Tapi aku cam tak tau jek nak cari kursus tu kat mana. Yelah, bukan tempat aku kan. Boleh jek pun nak tanya2 orang ke kan. Alah sebenarnya boleh jek nak cari laa.. Saja jek taknak..Alasan. kihkih..

Dipendekkan cerita, kursus ni kami berdua datang pada 5&6 Mac 2011 di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai, Johor. Masa dok belajar kat UTM taknak kursus, dah dok jauh kena pula datang Skudai semata2 nak kursus kahwin. Haha. Tapi best tau. Mengimbau kenangan dolu2. Ceh!

Penceramah2 semua pun dari JAIJ. Best2, ada yang kelakar, banyak gila bagi info, ada yang garang sikit, tapi yang 18sx tak ada eh! Aku lagi suka macam ni. Ah, lawak2 18sx ni pada aku bukan untuk ceramah la. Lagi2 ceramah dari ahli2 agama. Untuk suka2 dengan kawan2 ok.

Masa habis kursus, ada cabutan bertuah. Ada 6 hadiah. 3 untuk lelaki, 3 untuk perempuan. Barang2 elektronik. Ada dapur, rice cooker etc. Dan, seperti dijangka, aku tak bertuah untuk bawa balik hadiah2 tu. Haha. Takpelah, yang penting dah ada sijil kursus pra-kahwin:p

Makanan, tempat ceramah, servis semua sangat2 ok. So, ada siapa2 yang nak kursus kahwin kat Johor tak? Boleh tempah di sini. Ada banyak tempat. Setiap minggu tempat lain2. Bukan wajib kat Taman U pun.

Oklah, selamat berkursus pra-perkahwinan ye bakal pengantin!


2 comments: