Showing posts with label majlis perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label majlis perkahwinan. Show all posts

26.9.11

DIY yang di reject

Sedih tau..aku penat2 buat bunga telur DIY tetiba kena reject..Nasib baik baru berapa puluh kuntum jek. Siapa yang reject??Mestilah mak aku:p

Sabar jek la. Jadi sekarang boleh berhenti buat bunga telur tu, kumpul duit lagi untuk beli bunga telur yang menepati citarasa mak aku. Barang2 yang dibeli untuk buat bunga telur tu pun kena difikirkan untuk buat benda lain lak. Riben bergulung2 ada ni ha. Belum kira yang lain2. Haha..aku dah kekeringan duit dah ni. Aih..

Aku malas nak bantah lebih2. Nanti kang merajuk lagi huru-hara. Biarlah..mak pun ada hak da buat pilihan yang terbaik untuk anak2 dia kan. Hihi..tapi aku survey bunga telur ni mahal betul la..Masa dah suntuk. Harap2 lah semua pun berjalan lancar.

Doakan aku ye:)

23.8.11

Bunga telur DIY

Ehem2..aku ada beritahu tak yang aku buat bunga telur=bunga pahar sendiri? Rasa macam dah kan..hihi

Idea nak buat sendiri tu datang bila survey2 harga bunga telur ni..mak aih..boleh sesak nafas sebab yang berkenan semua lari budget. Kalau tempah juga memang tak tahu lah nak cekau duit dari mana. haha;P

Aku survey bunga dip, bunga kristal dengan bunga tisu. Uish ada yang sampai RM18/pc. Cantik memang cantik. Memang berkenan sangat lah. Tapi kalau aku beli seratus dah berapa kan. Mungkin pada yang mampu rasa ok kot harga ni. Tapi aku tak mampu..lala~

Jadinya, aku buatlah sendiri. Memang tak dapatlah sebijik macam yang orang pro buat, tapi okla kot. Asal ada lebih kurang sama kira halal lah..hihi. Barang2 aku beli kat VR Star dan Bunga-Bunga Cinta di Ipoh. Nasib baiklah adik aku bagi sokongan padu. Dia lah yang kemana2 aku bawak untuk bagi cadangan.



Link


Ini bukan aku buat eh. Lawa sangat ni. Ni dari website Seni Qanasuri. Memang cantik2 tapi aku mampu tengok jek la..haha





Ok, nak tengok hasil tangan aku, silalah datang ke majlis aku ye. Tak lama sangat dah..berapa bulan jek lagi;)

Aku baru berjaya buat 22pcs. Harus kena sambung buat lagi ni..


2.8.11

Marsya dan Qhalish

Salam...Selamat menyambut ramadhan semua. Kejap jek dah hari kedua kan. Sedar2 nanti dah raya..yeay..hehe. Tahun ni aku beraya ala kadar jek. Baju raya pun sehelai jek. Tsk. Ekonomi tak kukuh, macam2 guna duit. Tahun depan lah yek baru raya sakan sikit. Kihkih~

Duit raya pun mungkin saudara terdekat jek dapat. Saudara yang dah jauh2 sikit tu biar abang atau kakak aku bagi. Haha..Memang tiap2 tahun pun camtu sebenarnya;p

Sekarang aku banyak luangkan masa free untuk buat gubahan hantaran etc. Takdelah sibuk sangat, buat sikit2 jek. Masa pun lama lagi. Nak kata kreatif tu memang taklah sebenarnya tapi rasa nak buat sendiri. Beli jek bekas, riben, manik sikit pastu tampal jek la kat mana berkenan. Cantik ke tak ke..belakang cerita. Setakat ni okla kot hasilnya di mata aku. Hehe..

Hurm next week nak balik kampung. Boleh lah jumpa dua orang kesayangan ni=)


Kakak Caca dan baby Qhalish


Nampak macam rapat jek eh dua beradik ni. Padahal Marsya ni selalu sangat kacau adik dia. Mungkin dia cemburu sebab sebelum ni semua orang layan dia jek. Pernah masa tu takde orang perasan, dia lompat dari kepala adik dia terrrrruus sampai kaki. Nasib baik sampai. Kalau tak sampai, memang terpijak la adik dia ni..huhu.





Marsya ni selalu acah2 nak dudukkan adik dia. Kadang2 terduduk betul2. Memang setiap masa orang kena perhatikan Marsya ni. Kalau nak kentut, dia lari2 pergi kentut kat adik dia. Pastu gelak2...'Caca kentutkan baby'. Bertuah betul lah. Tengah adik dia menyusu badan, Marsya dari jauh tembak adik dia dengan pistol air. Kesian Qalish basah. Kadang2 datang mengada2, menangis2 tak bagi mama susukan Qalish.



Rindunya dengan dua orang ni..



12.7.11

Duduk asing lepas kawin??!

Selama ni aku tak pernah bincang secara serius dengan Ari pasal perancangan lepas kahwin. Nak tinggal dekat mana. Kerja macam mana. Pasal duit, keluarga etc. Semua2 la. Sebelum ni pernah lah tapi takde amik pusing sangat. Ni sebab dah tak sampai 5 bulan lagi ni kitaorang pun bincang la betul2. Tu pun kebetulan. Tengah2 telefon tetiba terkeluar topik ni;p

Nak tunggu dating baru bincang tu memang harapan jek lah kan. Lama sangat dah tak kuar dating. Selalu jumpa pun kat stesen bas masa aku nak balik Perak. Kadang2 5min pun tak sampai. Huhu.

Tapi..pasal tempat kerja ni jadi hal:p

Yelah kan. Aku kerja kat Perak, Ari kerja kat JB. Keluarga masing2 kat Kluang and JB. Kira kat Johor la. Ok fine aku yang terkeluar dari negari sendiri. Haha. Sepatutnya aku yang kena cari kerja kat JB lepas kawin. Takpun dekat sikit lah dari kerja kat Perak yang amik masa separuh hari nak balik JB ni kan. Ye ke patut ke??

Kalau ikut hati memang lah aku nak suruh Ari jek pindah kerja kat Perak ni. Hehe. Ye, aku kan suka bagi arahan;p Tapi masalahnya Ari tak sampai hati nak cakap dengan mak dia pasal ni. Sebab dia tau mak dia mesti tak bagi. Cis. Hihi..Tapi aku faham jeklah sebenarnya keadaan keluarga dia. Ari ni anak sulung pastu dah takde ayah. Adik2 dia semua perempuan. Yang kecik sekali tu baru darjah 5. Rapat gila dengan Ari sebab masa ayah dorang meninggal, adik dia dalam perut lagi. Jadi Ari jek lah abang dan 'ayah' dia. Kalau Ari pergi camping ke mana2 la lebih 3 hari pun adik dia demam. Ni kan pulak nak dok Perak paling2 pun setahun(^,~)

Hurm..

Mesti lah aku yang kena pindah tempat kerja kan? Kalau ikutkan hal ni. Tapi ada lagi masalahnya. Aku ada service bond setahun dengan tempat kerja sekarang. Haha. Sebab kompani ni hantar aku pergi kursus. Camne??! Mestilah tak boleh berhenti kan. Nak tarik balik taknak kursus pun dah terlambat...sangat;p Adik Ari nanti dah lama2 biasa lah kan pisah dengan abang dia..

Kena duduk asing2 la jawabnya. Tapi aku taknak..Argh bila fikir2 mesti serabut. Bila bincang mesti gaduh besar. Sampai sekarang ni pun gaduh tak baik2 lagi. Aku yang merajuk. Ari ok jek. Ish teruk betul lah aku ni:p

Tolong bagi nasihat sikit kat aku ni. Degil tul. Huhu..



26.3.11

Tarikh W-day

Akhirnya..aku dah dapat tarikh nya. Susah betul nak buat keputusan. Famili aku nak macam ni, famili Ari nak macam tu, last2 aku ngan Ari yang gaduh besar pasal tarikh. Haha..(memang selalu gaduh pun sebenarnya:p)

Kadang2 aku bengang gak apasal nak dapat tarikh pun susah. Tarikh aku dah pakat cun2 dengan Ari awal2 dah kena reject..Itu laa..ini laa..macam2 la. Last2 serah jek la dekat famili masing2 biar dorang lak pening kepala fikir..hihi

Jadinya, awal bulan Mac tu, berlangsunglah perjumpaan antara 2 keluarga..(pergh ayat..haha).

Ni antara bulan2 yang direject. Kalau tak oleh famili aku, famili Ari..haha:

July - kakak aku bersalin. Jadinya tak boleh sama sekali. Mak aku kena jaga dia pantang.

Ogos - bulan puasa

September - ni satu hal. Famili Ari nak sangat buat majlis bulan ni. Kan Syawal bulan baik untuk nikah. Tapi aku satu famili nak jalan2 g Bandung. Mak aku mestilah taknak cancel kan makan angin ni kan:p So, reject jugak

Oktober - aku ok. Ari pun ok. Famili aku pun ok. Taaaapppppiiiii....mak Ari dan nenek dia pulak pangkah terus semua hari dalam bulan 10 ni. Dia cakap bulan ni macam tak baik. Sebab bulan tersepit. Kan September raya puasa, November raya haji. Bulan Oktober ni dok tengah2. Ni kan fahaman orang tua2. Ikut jek la..(nak bangkang sebenarnya tapi tak sampai hati..hahaha)

November - bincang punya bincang, dah setuju pilih 27 nov. Sekali check, 27 nov tu Awal Muharam. Tak elok nikah masa ni. Lagi satu sebab 27 nov ni hari lahir Ari. Mak aku lak punya fahaman cakap elakkan nikah sama hari dengan hari lahir bakal pengantin. Sebab? Tak ingat da..banyak sangat dah tak bolehnya:p

December - Masa ni ada banyak majlis kahwin kat kawasan rumah aku. Nanti kesian kat orang kendarat penat rewang. Selalunya pun musim hujan. So, pangkah jugak. Haha





Abis, bilanya tarikh kahwin tu? Haha..Tak kisahlah yang penting dah dapat. Nak dekat sampai majlis nanti aku bitau eh.

Tarikh tu sama tarikh dengan besday bff aku. Bila sms bitau dia, dia reply


napa w-day u masa bday i??xda party byk2 la cmni..huhu



Bersalah lak rasa. Tapi tu laa..kalau aku boleh buat keputusan tanpa pertimbangkan pihak2 lain yang terlibat, mungkin lebih senang..hurm

Takpela my bff, u nak g party pun ok. Tak sempat datang w-day i pun ok. No big deal:)

16.3.11

OP

Dah taknak ingat dah pasal OP majlis tunang aku. Buat sakit hati jek. Biarlah, takde rezeki mungkin nak ada official album masa tunang. Kira pengajaran lah kat aku. Kena pandai survey, selidik dulu history orang yang kita nak ambil jadi OP ni. Jangan main taram jek:(

Jadinya, untuk majlis kahwin ni, aku dah tempah OP dari Massa Studio. Tuan punya nya adalah Palie. Aku dah kenal dia dari tahun 2004. Masa baru2 masuk UTM. Dia senior lah masa tu. Memang dah kehulur kehilir dengan kamera besar godang dia kalau ada apa2 event. InsyaAllah tak ada masalah dengan dia masa majlis kahwin nanti.

Sebenarnya, masa tunang pun aku dah minta dia jadi OP tapi masa tu taktau lagi tarikh tunang aku bila. Dia suruh confirmkan balik. Last2 aku lupa, dia pun lupa nak tanya. Huhu. Palie call aku lepas dah seminggu tunang tanya jadi tak nak ambil dia jadi OP. Hurm..memang takde rezeki la aku bekerjasama dengan dia masa tu.

Ini antara gambar yang ada kat blog Massa Studio. Kalau nak tengok banyak lagi, pergi terus kat blog ni ye. Tak kuasa aku nak upload banyak2 kat sini di saat2 internet utp sangat nazak ni. Hehe










Pakej2 pun tanya Palie. Soh Palie bagi harga yang cun2 punya:p

P/S: Palie, sila bagi aku komisyen promote ko baik punya. Haha

Ah, macamlah Palie baca blog ni.





14.3.11

Kursus Pra-Perkahwinan

Yeay!!
Satu hal sudah selesai. Kursus pra-kahwin.

Mula2 rancang nak buat sendiri2. Aku kursus kat Perak, Ari kursus kat JB. Tapi aku cam tak tau jek nak cari kursus tu kat mana. Yelah, bukan tempat aku kan. Boleh jek pun nak tanya2 orang ke kan. Alah sebenarnya boleh jek nak cari laa.. Saja jek taknak..Alasan. kihkih..

Dipendekkan cerita, kursus ni kami berdua datang pada 5&6 Mac 2011 di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai, Johor. Masa dok belajar kat UTM taknak kursus, dah dok jauh kena pula datang Skudai semata2 nak kursus kahwin. Haha. Tapi best tau. Mengimbau kenangan dolu2. Ceh!

Penceramah2 semua pun dari JAIJ. Best2, ada yang kelakar, banyak gila bagi info, ada yang garang sikit, tapi yang 18sx tak ada eh! Aku lagi suka macam ni. Ah, lawak2 18sx ni pada aku bukan untuk ceramah la. Lagi2 ceramah dari ahli2 agama. Untuk suka2 dengan kawan2 ok.

Masa habis kursus, ada cabutan bertuah. Ada 6 hadiah. 3 untuk lelaki, 3 untuk perempuan. Barang2 elektronik. Ada dapur, rice cooker etc. Dan, seperti dijangka, aku tak bertuah untuk bawa balik hadiah2 tu. Haha. Takpelah, yang penting dah ada sijil kursus pra-kahwin:p

Makanan, tempat ceramah, servis semua sangat2 ok. So, ada siapa2 yang nak kursus kahwin kat Johor tak? Boleh tempah di sini. Ada banyak tempat. Setiap minggu tempat lain2. Bukan wajib kat Taman U pun.

Oklah, selamat berkursus pra-perkahwinan ye bakal pengantin!