6.1.12

Kursus di Langkawi

Minggu lepas, aku kena pergi kursus. Mula2 dapat surat terus merungut..'ala..sampai 4 hari ni. banyaklah kelas nak kena ganti;(' Sebenarnya, aku tak suka kalau kena ganti kelas. Sebab kena isi borang itu ini, kena sign ketua program lah apa. hurm.. ni semua gara2 audit la kan..

Pastu tengok tempat, eh kat Langkawi la. Terus hati berbunga2. Haha..dapatlah shopping. Tu jek yang terus terlintas kat kepala. Lupa dah kelas ke apa semua..:P

Ok, ni gambar2 yang sempat diambil masa kursus


Nama kursus

Penceramah pertama. Best, banyak cerita2 kelakar tapi de 'isi'.  Tapi nape ni jadi terpusing eh?!
Ni masa presentation. Macam2 gaya ada

Roomate yang baik hati, Kak Nita:)
Dalam tentatif program tu ada satu aktiviti luar. Semua sepakat nak pergi 'Mangrove Tour' sebab semua pun tak pernah pergi. Kalau Beras Terbakar, Pulau Dayang Bunting, lawat kilang gamat etc. tu ramai dah pernah pergi kan.

Tour ni kat Sg. Kilim. Kalau korang nak pergi merasa, bolehlah ke Sg. Kilim. Ada pakej2 yang boleh dipilih. Ikut selera dan ketebalan duit poket. Hehe..Mengikut cakap driver bot, Sg. Kilim ni air masin. Sebab dia bersambung terus dengan laut

Ni harga pakej yang aku sempat snap. Satu bot boleh naik 10 orang. Bot baaaaannnnyaaaaak sangat. Dijamin cukup:)


Tempat ni dipanggil Langkawi Geopark.

Yang kami pergi tu, pakej dia termasuk pergi Gua Kelawar, Fish Farm, Eagle Watching, dan Andaman Sea Tour. Banyaklah yang driver bot tu tunjuk. Jalan laut nak ke Thailand pun ada. Setengah jam naik feri. Pastu ada Gua Buaya sebab kalau tengok pintu masuk tu ada rupa buaya, Pulau Kasut yang bentuk macam kasut, Batu bentuk penyu, kapal yang diguna masa cerita 'Ombak Rindu' pun ada..ish macam2 la..

Nak mula naik bot


Baru bertolak. Life jaket pun disediakan ye. Jangan risau. Hehe
Ni gambar sekitar Gua Kelawar. Dalam gua tu gelap tapi torch light disediakan. Bolehlah ko nak suluh2 kelawar tu kan..kalau tak apa pun tak nampak. Gelap sesajer..hehe

Puaslah tengok paya bakau. Dah nama pun mangrove tour kan:p

Monyet memang stand by jek eh. Kalau ko turun nak ke Gua Kelawar ni, makanan tinggal dalam bot. Kalau tak, sekejapan jek kena rampas dengan monyet2 ni. Takut ok!

Pemandangan dan info2 di luar gua. Yang aku sempat ambil gambar la eh..

Gambar fosil tu tak dapat nak ambil. Tak clear la pakai camera hp. Sebab kena zoom

Batu mencari cahaya. Nampak tak batu yang menghala keluar tu??


Inilah tanda nama Kilim Geoforest Park. Batu tu nampak tak berbentuk penyu??
Gambar2 masa melawat fish farm dan lain2 aku tak snap. Sebab syok tengok sangat. Haha..tapi fish farm memang best la. Boleh merasa sendiri pengalaman bagi makan ikan pari yang besar gila2 punya. Siap pari tu boleh telentangkan badan lagi. Ikan lain2 pun hebat2. Ada kerapu berat 60++kg, belut laut, ikan siakap yang makan siap beratur..oh, memang pandai. Dah dapat makan, blah. Yang lain pula makan. Beratur tuh! Haha..ok fine, aku jakun:p Yang penting semua ikan stok gila2 punya besar. Memang dibela untuk pameran agaknya

Langkawi uptown

Langkawi uptown pada aku biasa2 jek. Takdelah murah mana pun. Baju2 pun boleh tahan mahal. Makanan pun mahal tapi tak sedap. Aku beli bihun sup RM3.50, yang ada cuma bihun, kuah sup, sawi dengan sayur taugeh. Bagilah ayam kecik2 ke apa kan. Huhu..

Coklat memang banyak pilihan. Tapi kena pandai survey. Ada kedai brand ni murah, brand lain mahal. So, ikut ko nak brand yang mana. Macam aku, setiap kali habis kelas, amik teksi takpun jalan2 keluar pergi survey harga coklat dan barang2 lain. Buat perbandingan harga..Haha..Hari last baru beli coklat kat kedai yang paling murah, barang2 lain pun sama:p

 Dan sekarang dalam peti ais aku ada 1 plastik besar coklat yang tak buka2 sampai sekarang. Nak makan coklat?Meh datang uma saya:p

4 comments:

  1. @C: kaaannn..aku pn rindu kt ko. bila nk jmpa ni?:)

    @mai: xdelah jauh sgt pun. meh dtg cni meh.hehe

    ReplyDelete
  2. kak ijan.. mana update baruu.. Nak tau update "orang baru".... :)

    ReplyDelete