14.3.13

Mula balik

Assalamualaikum kawan2..

Lamanya aku tak menulis di blog ni. Rasa macam dah lupa pun ada kewujudan blog ni. Tetiba teringat..'eh, aku de blog rupanya'..hehe. Padahal tiap2 hari baca blog orang lain

Setelah berbulan2 sepi, kini aku dah berubah status lagi. Dah jadi ibu kepada seorang baby perempuan. Best betul rupanya jadi ibu ni kan..sebelum ni aku fikir mesti penat, tak cukup tido, semua2 yang tak best tu. Tapi bila baby dah ada depan mata, hilang terus semua fikiran negatif tuh :)


Satu keluarga bahagia..ceh! hehe..ni gambar lama gak ni, masa ni baby baru 2 bulan. Sekarang nak masuk 7 bulan dah. Nanti kita letak gambar baru pulak ye sebab banyak gambar dalam handphone

Oklah..doakan aku rajin balik update blog.

Ni jek tempat nak update dengan kawan2 kan..nak jumpa tuh entah bila..dengan aku yang tercampak jauh kat Jitra ni..hehe

3 comments:

  1. Tau xpe! Sila update dgn rajinnya.

    ReplyDelete
  2. welcome back E!





    p/s: aku pun "eh aku ade blog rupanya" haha

    ReplyDelete
  3. nadia - baik! :)

    siha - kihkih..jomla sesama kita mula balik

    ReplyDelete