Showing posts with label MOVIE REVIEW. Show all posts
Showing posts with label MOVIE REVIEW. Show all posts

11.11.10

Si kepala biru botak yang genius

Ye betul..cuba tengok kepala masing2. Ada tak hampir botak. Ke warna kulit semakin biru..Jangan risau. Tu tandanya tak lama lagi boleh jadi genius la tu. Haha. Merepek

Kat dunia nyata memang tak logik kan. Orang kepala biru botak pun tak jumpa kot..Mana lah ada. Rambut biru adalah kan. Tu pun bukan semulajadi. Pi warnakan. Haha. Tapi semuanya jadi logik bila dalam kartun. Jadinya, jom la kita tengok MEGAMIND. Kartun yang kelakar tak ingat dan memang best berbaloi2. Rasa macam nak tengok lagi sekali jek. lol

Megamind ni comel gila la. Dah la botak. Ada janggut sejemput jek. Kepala besar. Satu badan warna biru. Boleh bayangkan?? Tengok gambar jek la kat bawah ni kan senang. Hehe




Pelik kan. Tapi hensem. lol. Cerita ni dari awal sampai lah habis, memang ketawa jek la. Lawak sesangat ok! Kira aku rasa sepanjang tengok filem kartun, ni yang terbaik lah. Best..best..best.

Yang tension2 kerja tu please lah luangkan masa tengok filem ni sekejap. Gerenti hilang stress. Aku rasa tukang tulis skrip cerita ni la yang bagus. Sebab bahasa dia senang nak faham pastu memang menghiburkan. Setiap watak dalam cerita ni pun ada jek scene yang kelakar.

Ah sudah. Dah berapa banyak perkataan kelakar pun tak tau lah. Kesimpulannya, yang belum tengok, aku syorkan tengok.

Yang tak minat kartun tu taknak tengok sudah. Tak paksa. Haha. Tetiba emo lak





2.8.10

SALT

Ini cerita hari sabtu ye. Bangun2 tidur da pukul 10++ pagi..subuh aku bangun pastu sambung tidur:) Lepas mandi, makan, kemas rumah, etc. terasa bosan yang teramat sangat. Nak tengok kerja research macam tak menyelerakan:p Dok godek2 internet pun tak jumpa apa2 yang menarik. Tengok tv semua pun kartun..huh! Ingat budak2 kecik jek ke nak tengok tv hari sabtu. lol. Nak borak2 dengan kawan pun xde. Senang cerita memang buat apa pun semua bosan lah masa tu..hik

Tetiba terlintas idea nak kuar jalan mana2 lah tak kira. Datang bilik Yan & Didi kunci. Tengok selipar rumah Didi ada depan pintu keluar. Mesti dak ni keluar ni. Mesej2 tanya rupa2nya dia kat Ipoh jalan2 sorang2 habiskan masa sebab boring kat bilik. Wa..aku pun rasa nak pergi Ipoh gak lah! Soh Didi tunggu aku kat Jusco. Cepat2 siap ala2 kadar sebab masa tu da pukul 2 lebih2 sikit

First time drive kereta sorang2 ke Jusco. Dah lah ramai gila orang. Nak parking pun kena pusing2 dulu hampir setengah jam. Nak habiskan masa, kitaorang pun tengok wayang. Nak tengok filem SALT 3D tiket dah habis. Tengok yang 2D jek la akhirnya. Ok lah tu kan..hihi.

At last..berjaya tengok filem ni. Aku memang dok tunggu2 bila nak keluar pun..hehe



SALT ni pada pandangan peribadi aku cerita yang best! Tapi aku taknak bagitau jalan cerita kat sini. Nanti tak suspen la kan..hehe. Yang penting bila korang free jek, cepat2 tengok cerita ni tau. Kak long jangan lupa temankan Kak Poppy tengok cerita ni. Kesian Kak Poppy dah ngidam2. Siap dah mimpi2 gak tuh..haha


Jolie berlakon 2 watak ke atau menyamar? Haa..nak tau jawapan kena tengok:P


Dalang paling jahat ada dalam gambar. Cari2!!

Senang kata pergi jek lah tengok cerita ni. Memang berbaloi dan berbaloi lah. Haha..




16.7.10

Tersedekah kat Jusco

Jumaat lepas tinggal aku berdua jek kat rumah. Aku dengan Didi. Aku ajak lah Didi pergi Jusco sebab nak beli buku. Didi pun on jek sebab esok tu kan cuti. Boleh lah bersenang-lenang sikit..Sikit. Hehe..Dah petang gak masa tu. Dekat pukul 6 pm gak baru keluar.

Sampai2 Jusco, terus beli buku yang aku cari pastu plan mengejut; tengok wayang. Masa beli tu, rembat jek la cerita apa yang ada dan sesuai dengan waktu. Kalau tiket malam sangat, nanti lambat sangat sampai bilik. UTP-Jusco tu agak jauh ok. Hehe..Jusco tak salah. UTP yang salah sebab dok kat pedalaman sangat:P

Yang available citer Zoo dengan Despicable Me jek. Zoo taknak tengok, Despicable Me pulak tak tau menahu cerita apa. Yang taunya kartun. 3D lak tuh. OK jek la. Kartun pun kartun lah. Akhirnya aku dan Didi pun tengoklah cerita Despicable Me.

Best gak cerita ni. Korang dah tengok lum?? Gi2 tengok. Aku sokong sebab berbaloi2..hihi. Lagi syok kalau dapat seat tengah2.


Habis tengok wayang, singgah Guardian. Rancang nak beli Toblerone jek. Last2 benda lain yang beli. Toblerone tak beli. Hampeh aku ni..xoxo

Tu perkara biasa jadi kan kat korang gak kan..lalaalla~

Aku beli 2 benda ni. Yang Thermal Spring Water tu dah guna. Best2. Yang cleanser tu belum lagi. Dah cuba nanti aku komen:)

Yang best nya Thermal Spring Water ni sebab main spray2. Sejuk jek rasa. Lepas dah cuci muka, aku spray. Kalau tension2 pun aku spray gak kat muka. Bagi segar balik. Stay up malam2 rasa macam dah penat sangat, aku spray gak. Rasa segar dan hilang sikit penat.

Yang cleanser ni entah bila nak pakai. Cleanser sekarang tak habis2 lagi. Tu lah tamak takut tak sempat beli baru, yang lama dah habis. Last2 sekarang cleaser ni buat hiasan dalam almari..hehehe



Nak balik tuh, gelabah ok aku. Tiba2 aku sedar tiket parking Jusco aku takde dalam handbag. Hilang!! Patah balik kat semua tempat aku pergi pun takde. Siap masuk check dalam wayang pun takde. Semua tempat pun takde. Aku pun tak sedar bila tercicirnya. Ape ke bala tetiba ni..huhu. Merata cari tak jumpa.

Last2..jalan terakhir. Pergi kaunter servis Jusco, dorang bagi kad baru. Melayang 20 hinggit!! Tak pasal2 tapi memang salah sendiri. Redha jek lah.

Didi baik ok. Dia nak share bayar. Tq tau Didi

Lepas ni pergi Jusco, tiket parking simpan elok2. Tapi kalau memang nak sedekah 20 hinggit tak pe lah:P





11.6.10

Killers

Semalam aku bengang2 balik bilik, Yan ajak pergi tengok wayang. Aku bengang sebab PGO UTP ni suka2 hati jek nak buka atau tutup ofis pukul berapa. Bukan kira office hour ke tak. Baik takyah kerja. Sebab dah banyak kali ada pengalaman pahit dengan PGO ni, tu yang bengang tuh. Huh!

Eh sambung cerita pasal tengok wayang. Nanti entah mana2 aku pusing kan. Hehe. Aku, Yan dan Didie keluar rumah lepas Asar. Singgah Wisma Yik Foong dulu sebab Didie dan Yan nak beli mouse dengan software. Pe entah nama software tuh. Tak termasuk lak dalam kepala otak aku ni. Hehe..Pastu baru lah ke Jusco..

Tiket wayang pukul 9pm. Cerita Killers. Sebelum masuk tu da siap2 makan, semayang semua. Yan da lapar sangat. Sampai2 Jusco, perkataan 'lapar' jek yang keluar dari mulut dia..;p Filem Lagenda Budak Setan memang dah taknak tengok sebab banyak review cakap menghampakan. Percaya jek la malas nak pergi tengok sendiri dan menilai...



HERO


HEROIN

Cerita Killers ni boleh tahan best lah. Kelakar pun ada. Comel pun ada. Lakonan Ashton Kutcher dan Katherine Heigl pun nampak serba kena jek. Mereka suami isteri yang romantik dan bahagia. Kenal sekejap jek terus nak kahwin sebab dah jumpa yang terbaik. Memang pasangan yang serasi lah dalam filem ni. Dah la dua2 pun tinggi..Sweet! Kira boleh la tengok cerita ni kalau nak release stress. Ashton Kutcher pegang watak Spencer pastu Katherine Heigl pegang watak Jen.

Masa mula2 jumpa, Jen baru jek putus cinta. Pergi bercuti dengan mak dan ayah. Masa percutian ni lah, dia terjumpa Spencer. Jumpa mula2 dekat lif, pastu tegur sikit, pastu borak2, pastu Spencer ajak makan sama. Dari situ bermula cerita cinta dorang sampailah diorang akhirnya kahwin. Banyaklah aksi2 kelakar masa ni.


Pertama kali 'dating'

Perkahwinan dorang untuk tiga tahun pertama tu bahagia sangatlah. Tak ada apa2 masalah pun. Spencer dan Jen pun dua2 dah bekerja, tinggal rumah sendiri tapi Jen ni apa2 hal pun, mesti nak rujuk kat mak ayah dia.


Ini masa sambutan hari jadi Spencer

Lepas tiga tahun ni lah, Spencer mula diburu. Diburu untuk dibunuh. Ramai. Bukan seorang. Lepas sorang Spencer berjaya bunuh, sorang lagi datang. Aksi2 masa ni pun best lah. Tapi dalam2 nak bunuh orang tuh, ada jek adegan kelakar yang jadi. Tu yang buat cerita ni comel kot. Jen dan Spencer memang bersama lah dari awal sampai akhir nak selesaikan masalah pembunuhan ni.


Nak tau kenapa Spencer diburu? Takkan tiba2 jek kan. Mestilah ada sebab. Haa..jom2 kita tengok wayang cerita Killers. Tak rugi kot masa dan duit..

Oh tapi subtitle filem ni agak annoying. Dah la kejap ada kejap takde. Masa mula2 cerita ada. Pastu takde. Ada takde ada takde. Dah nak habis filem baru keluar balik subtitle..Hurm..Pastu translation tunggang langgang. Last2 takyah tengok subtitle lah. Dengar jek dorang cakap apa. Tak faham pun buat2 faham lah. Haha..




8.6.10

Cancel

Aku memang dari sebelum filem ni kuar wayang g, aku da semangat2 nak tengok. Ye la cerita novel popular kan. Hampir semua remaja pun pernah baca novel ni dulu. Kalau tak baca dari kulit ke kulit pun, mesti da selak2 punyalah..hehe..novel ni tebal. Kalau baca terus2an mesti banyak kerja tergendala;p

Aku tak beli novel ni tapi pernah lah pinjam dari kawan

Semalam aku gtalk tanya Yan bila nak tengok LBS ni. Pastu Yan cakap dengar2 ramai cakap tak best. Hampa ok. Kenapa boleh tak best?? Kalau best kan bagus. Semangat lah aku nak pergi tengok. Ni da ramai cakap tak best, haruslah CANCEL kan..hehe

Pastu aku google2 lah review pasal LBS ni. Baru baca kat sini dan kat sini, terus rasa...Ok, memang tak yah tengok la..



So, nak tengok citer pe Yan?? Nak tengok wayang..da lama tak tengok wayang ni..=(




28.2.10

Bila anak dewa utama dituduh mencuri

Sebelum aku lupa, nak wish dulu hepi anniversary yang ke-3 untuk Nuffnang!!

Aku bukan sengaja tau taknak update blog. Aku kan baru balik dari penang. Nak rehat2 la kononnya.hihi..tapi masa kat penang sempat gak aku pegi tengok wayang. Plan mula2 nak tengok Niyang Rapik tapi disebabkan masalah teknikal..aku pun tertengok cerita ni..;p


Cerita ni macam tak banyak promosi jek kan. Kalau cerita Wolfman tu kat mana2 ada jek iklan nya..sekali bila tengok takdelah best sangat pun..hihi. Ni kawan aku yang cakap sebab aku tak tengok Wolfman lagi;p

Cerita Percy Jackson ni pasal dewa2 la..yang si Percy ni pulak kira separa dewa sebab ayah dia dewa Poseidon, mak dia lak manusia biasa. Percy tak pernah jumpa ayah kandung dia. Dia duduk dengan mak dan ayah tiri dia dan jalani kehidupan macam manusia biasa. Dia macam boleh baca2 tulisan yang pelik2 tapi dia ingatkan dia ada penyakit tapi sebenarnya tu antara keistimewaan yang dia dapat la sebagai separa dewa


Bila Percy ni dituduh mencuri panah kilat dewa Zeus, barulah segala2nya terbongkar. Percy baru tahu dia separa dewa, kenapa mak dia sanggup tinggal dengan ayah tiri yang kaki mabuk, siapa kawan baik dia sebenarnya..etc.

Percy ni tak mencuri pun panah tu. Dia memang tak tau apa2..tapi bila mak dia kena tawan dengan dewa Hades, dia jadi semangat nak cari siapa pencuri sebenar panah kilat tu. Kat sinilah segala2 nya bermula..

Aksi2 best pun mula di sini..

Percy dibantu oleh Annabeth dan kawan baiknya, Grover



Uma Thurman sebagai Medusa. Dewa jahat ni kalau terpandang mata dia, kita terus jadi batu. Dah la keliling kepala dia penuh dengan anak2 ular2 yang tak comel!! haha




Pierce Brosnan sebagai Mr. Brunner..kalau di alam separa dewa, namanya Chiron. Manusia separuh kuda. Yang Grover ni lak, manusia separa kambing




Hero dan heroin, Percy Jackson dan Annabeth. Annabeth ni lawa tul la. Lagi2 tang mata dia. Aku yang perempuan ni tengok jeles..haha..

Kalau rasa bosan2 tu tengoklah cerita ni..pada aku cerita ni ok la. Takla membazir duit sangat..hihi




29.12.09

Bodyguards and Assassins

Wuhu..aku baru lepas balik tengok wayang. plan asal nak tengok Sherlock Holmes tapi tak ditayangkan lak kat TGV Ipoh. erm..

tapi disebabkan da berkobar2 nak tengok wayang gak..bincang punya bincang.dok depan kaunter tuh dekat 20 minit, baru buat keputusan. jom ah tengok Bodyguards and Assassins. padahal tak tau apa2 ni. tak tau pun kewujudan filem ni.haha..da msuk wayang baru tau.laaa...citer cina ke..tak pe.tengok jek la..

Bodyguards and Assassins..18SG yek.
jangan bawa adik2 kecik tengok. bawa gf/bf no hal!

Filem ni cerita sejarah cina la..cerita aksi. Pasal usaha keras sekumpulan orang2 cina untuk melindungi Dr. Sun Yat Sen, bapa pemodenan Cina. Ada cubaan nak bunuh Dr. Sun yang nak datang Hong Kong untuk berbincang pasal Revolusi Cina..berlaku dalam tahun 1905..kalau yang cintakan sejarah tu lagi berminat rasanya tengok cerita ni. tapi plot cerita ok, faham la..tak ada la blur2 kan

Tapi yang menarik..aksi2 lawan antara kumpulan pelindung dengan pembunuh2 tu laa. tapi standard cerita cina la kan. kungfu, pedang, buluh tak boleh tinggal. yang menarik gak sebab semua hero la..tak ada la sorang jek hero yang menonjol. yang lain2 lawan sikit2 jek. tapi tersentuh sekali bila tengok hubungan bapa dan anak, tuan dengan hamba, kekasih. sedih..rasa nak nangis pun ada. sikit laa..

inilah bodyguards dalam cerita ni..ramai!

Fang Hong, heroin.
sanggup bom diri sendiri nak selamatkan bodyguards lain


Shen, si kaki judi. Dia ni awalnya tali barut orang jahat.
tapi lepas tau satu kisah silam, terus jadi baik. kisah silam apa? tengokla sendiri ye.hihi

cerita ni pun banyak pelakon2 glamor la. ada Nicholas Tse, Fan Bingbing, Donnie Yen Ji Dan, Leon Lai, Eric Tsang etc. Haa..lupa2 ada Michelle Reis ngan Jackie Chung yang cun melecun gak!

Kalau nak kena bagi bintang..aku bagi tiga dari lima. ok kot (^.^)..tengokla dulu sendiri. nanti tetiba ko cakap best giler patut bagi lima bintang ke..



19.12.09

I want to be a Jakesully

review sikit pasal Avatar..memang awesome!!

filem ni panjang jugak la tapi macam tak terasa lama sebab CGI yang memang cantik..superb!!
susunan cerita pun baik..tak membosankan. kalau nak compare dengan evolusi KL drift jauh2 sangat tertinggal.haha..

cerita ni pasal si hero, Jake Sully yang dibawa ke Pandora untuk gantikan tempat saudara kembar dia jadi Avatar. tujuannya untuk masuk memahami selok belok tempat tinggal dan cara hidup puak Na'vi. Jake Sully ni bekas anggota marin yang lumpuh. tapi bila jadi Avatar dia tak lumpuh la..

ada konspirasi jahat untuk ambil alih tempat tinggal puak Na'vi ni dan Jake Sully lah yang jadi 'informer' tapi lama2 dia jatuh cinta dengan kebaikan puak Na'vi ni dan jugak si heroin cantik, Neytiri. dari sinilah jadinya masalah demi masalah..

Jake Sully, hero yang terpilih untuk memperjuangkan kezaliman

Neytiri, si cantik yang selamatkan Jake Sully dari terbunuh. dialah yang melatih Jake Sully segala ilmu sampai diterima menjadi puak Na'vi dan dipercayai

Pandora yang canggih!!

kolonel, ketua paling jahat yang memang berjuang habis-habisan. sangat2 berani dan zalim wei..

akhir kata..pada yang belum tengok lagi, cepat2 lah serbu wayang tengok filem ni. memang tak rugi duduk menahan kesejukan dalam pawagam hampir 2 jam suku ye!

Avatar Official Movie Website



6.12.09

Ninja Assassin

Dek kerana semua orang sibuk bercerita tentang New Moon, aku sampai tak tersedar ada cerita Ninja Assassin kat wayang.haa..nasib baik tadi masa nak tengok wayang, masa tayangan Ninja Assassin jek la yang menepati cita rasa.dapatla aku menengok lakonan Rain ni.

aku tak berapa minat Rain tapi apa yang aku boleh cakap, lakonan dia bolehlaaaa...dipuji.aksi2 memang mantap.sampai terasa aku pun kena serang dengan ninja2 jahat tuh.haha..

ok memang berbaloi.tu yang dapat disimpulkan.sapa2 yang belum tengok, meh serang mana2 wayang ramai2.tapi kalau nak cuci mata tengok jejaka2 hensem,tengoklah New Moon kan.sedap lagi la mata memandang hero hensem.lol



Oh patutkah aku mimpi Rain malam ni??