Showing posts with label product review. Show all posts
Showing posts with label product review. Show all posts

21.1.11

Engagement Part 1: Cake and Blossom

Hello..

For the 1st time, tajuk entri aku dalam BI. Sebabnya perah2 otak nak letak tajuk apa yang sesuai. Tapi tak jumpa. BM ni kan jiwang dia lain sikit. Bila nak letak "Majlis Pertunangan Episod 1: Kek dan Cendawan" aku sendiri yang rasa tak kena. Last2..keluar lah tajuk seperti di atas. Hentam sajalah. Haha

Untuk majlis ni, segala bab tempahan diuruskan oleh kakak aku. Aku tau bagi arahan nak macam ni macam tu sampai dia pening dan bising2. Nasib lah ada adik macam aku kan:p Seriusly, aku memang nak yang betul2 dalam budget aku, kek bentuk love, warna bla bla, souvenir kek comel tapi unik, taknak mufin@cup cake, puas hati, sedap, cantik. etc. Kira dengan bermacam2 syarat yang aku list kat kakak aku, hasilnya adalah seperti ni



Kek hantaran untuk pihak lelaki. Aku tak rasa sedap ke tidak.




Kek ni cantik yang penting. Kemas. Kira tukang buat ni memang teliti la.





Blossom strawberi

Inilah blossom. Comel sangat. Sekali tengok terus aku suka. Hehe..Pandai kakak aku pilih. Blossom ni ditempah dengan 2 jenis. Strawberi dan blueberry. Yang blueberry warna purple. Kalau makan tu, pergh sedap! Sebab dalam blossom tu ada inti strawberi/blueberry yang sedang2 jek manis dia. Memang boleh order lagi pasni. Hehe

Aku tempah 1000pcs untuk masuk dalam paper bag untuk tetamu. Sabtu malam tu semua pun gotong-royong packing blossom ni. Aku? Packing, ngap 1. Packing lagi, ngap 2 pulak. Yang lain pun sama. Haha

Dari komen2 tetamu pun, raaaamaaaaiiii yang cakap blossom ni sedap. Syukur sangat sebab kalau sedap kan orang makan. Pembaziran tu kan tak elok. Huhu



Marble Cheese Brownies.



Untuk makan2 sendiri. Serius sedap. Ini bukan 1st time order. Aku memang selalu soh kakak aku tempah setiap kali aku balik kampung:p


Semua ditempah di Noris Kitchen. Gambar2 pun aku amik dari blog NK ni. Sebab gambar aku sendiri tak siap lagi






27.12.10

KOSE

Punyalah lama tak belek2 blog ni, aku baru perasan follower blog ni dah bertambah lagi. Syukur sangat. Yelah kan..blog aku ni bukannya 'hot' sangat. Update pun bila rajin. Nak tunggu rajin tu pun agak berjanggut gak lah kan. Hihi..Kalau siapa2 nak bertukar2 link bagitau tau. Jangan segan2:)

Aku kan kalau ada masa, aku memang akan baca semua blog link yang ada kat sebelah kanan blog aku ni. Sebab semua pun best2. Macam2 cerita. Ada kelakar, ada pasal kawan2, memang terisi lah masa lapang. So, masa aku tengah baca2 ni, jumpa lak review dari si comel ni pasal mask dari Kose. Memang kena sangatlah. Duit tengah ada, kepala memang nak shopping perhabis duit, muka konon2 kusam, haha jadi terus terpengaruh nak beli. Syabas Ijan. Memang pakar nak perhabis duit:p

Jadinya pergi Jusco, terus serbu kaunter Kose beli ni






Baru sekali pakai. Bau dia best. Lembut dan wangi. Bila letak kat muka rasa macam sejuk dan segar jek. Mask ni warna hitam, bila pakai kat muka terus muka pun hitam legam. Jari yang sapu pun comot. Ke ada alat khas nak sapu mask ni kat muka yep? Aku memanglah tak tahu. Tapi tetiba terfikir kalaulah aku sehitam ni, dapat ke aku terima kenyataan. lol

Lepas ni nak pakai lagi. Sebab macam beeeeesssstttt. Harap2 boleh lah jadi cun dan berkulit mulus lepas ni. Haha. (Angan2 tinggi melangit)

Beauty consultant Kose pun baik sangat. Kalau mask ni ok, boleh lepas ni beli set yang lain pulak. Hehe. Suka2! Lagi suka sebab dapat free ni





Barang free memang best!! Tapi kalau kawan apa2 semua nak free jek tu tak best lah. Haha:P





27.10.10

Shawl rambu ramba

Ini cubaan meng 'test' selendang baru beli dengan rumet aku. Dapat2 terus tunggu rumet balik kelas. Nak cuba sama2. Semangat tuh!

Rumet aku beli warna purple. Aku lak macam biasa mestilah warna pink. Sebenarnya kitorang terpedaya dengan blog yang jual shawl ni. Dah blog tu letak model comel lote, dagu lekuk, pakai shawl ni terus jadi cantik. Terus rasa nak beli tanpa fikir diri sendiri dagu tak lekuk, muka tak berapa nak comel=p

Tapi bila sampai, shawl ni berambu-ramba ok! Bila pakai, rambu tercacak2 atas kepala macam ada trojan. Ada lak rambu2 terjuntai-juntai kat dahi. Haha. Sangat mencabar nak cari bahagian shawl yang nampak cantik bila pakai kat muka. Kainnya adalah sangat lembik.





Tengoklah rupa bila orang tak berdagu lekuk & kurang comel pakai shawl ni. Rambu-ramba tercacak pastu lembik. Eh ulang lagi perkataan lembik. Apapun shawl ni comel sebenarnya. Sebab warna pink dia cantik pastu de rambu-ramba. Bukan ayat sedapkan hati sebab dah terbeli ye. Hehe. Tapi kena pakai dan adjust betul2 biar tak nampak serabai.

Takpe. Bak kata Didi. Kena 'confident'. So, pakai jek dengan muka yakin!





18.10.10

Badan makin tua da..

Aku kan bising2 kat twitter cakap bersin tak berhenti2 sampai tisu habis berkotak2 kan..lepas seminggu kira dah baiklah. Rasa lega lah sikit kan. Ingat lepas tu sihat segar bugar takde penyakit datang. Sekaaali..aku kena sakit tekak batuk2 pulak sekarang! Tambah pulak ada ulser mulut besar bagak kat bibir. Nak makan pun menangis. Haish..

Aku jarang2 tu kena penyakit lama camni. Dulu sihat jek. Bersin2 alergik tu biasalah tapi sekejap jek. Memang aku alergik pun kalau tempat aku duduk tu ada habuk2. Sekejap jek lah bersin tu. Pastu kalau aku dah bersihkan takpun blah dari tempat tu, lama2 benti lah bersin.

Tu yang aku rasa badan aku dah tua kot.. Sebab tu penyakit tetiba suka datang;p

Mungkin jugak sebab aku dah tak ambil supplemen. Dulu2 aku memang amalkan makan EPO dengan Inner Shine pati beri ngn prune tu. Dua tiga bulan ni jek datang mood konon2 nak jimat duit kalau tak beli supplemen boleh simpan duit banyak2. Haha.. Padahal takdelah tersimpan duit banyak pun. Lagi tak tersimpan ada sebab aku beli benda2 merepek..

Sebab dah timbul keinsafan balik yang badan perlukan vitamin mencukupi..ceh..aku pun pergi Guardian beli ni..



Tapi sebab campur beli barang2 lain yang tiba2 berkenan kat hati, duit keluar sampai dekat 2 ratus. Haha..Padahal siap tulis list nak beli apa biar tak terlupa. Last2 ada barang dalam list tak beli, benda lain aku beli. Gagaga..

Siap beli Safwa Health set untuk meningkatkan imunisasi lagi tuh. Set tu ada Garlic Oil dengan Multivitamin. Orang cakap kalau makan mutivitamin nanti badan naik..Aku 1st time makan ni. Kita tengok camne=p

Oh kat kotak Safwa Health ni, ada info sikit aku saja2 nak share. Kalau rasa dah tau, skip jek lah ye!

Kekurangan Garlic Oil menyebabkan keadaan2 berikut:

  • kekurangan antibodi badan
  • mudah terkena jangkitan
  • penyakit biasa mudah berlaku

Kekurangan Multivitamin lak:

  • keletihan & hilang selera makan
  • kelesuan otot & saraf
  • masalah pencernaan
  • gangguan metabolisme
  • sistem imun jadi lemah
  • kulit kering & tidak bermaya
Korang ada tanda2 ni ke? kalau ada, pandai2 lah ye beli ke apa!
Aku bukan duta Safwa Health nak paksa2 beli. Haha..





16.7.10

Tersedekah kat Jusco

Jumaat lepas tinggal aku berdua jek kat rumah. Aku dengan Didi. Aku ajak lah Didi pergi Jusco sebab nak beli buku. Didi pun on jek sebab esok tu kan cuti. Boleh lah bersenang-lenang sikit..Sikit. Hehe..Dah petang gak masa tu. Dekat pukul 6 pm gak baru keluar.

Sampai2 Jusco, terus beli buku yang aku cari pastu plan mengejut; tengok wayang. Masa beli tu, rembat jek la cerita apa yang ada dan sesuai dengan waktu. Kalau tiket malam sangat, nanti lambat sangat sampai bilik. UTP-Jusco tu agak jauh ok. Hehe..Jusco tak salah. UTP yang salah sebab dok kat pedalaman sangat:P

Yang available citer Zoo dengan Despicable Me jek. Zoo taknak tengok, Despicable Me pulak tak tau menahu cerita apa. Yang taunya kartun. 3D lak tuh. OK jek la. Kartun pun kartun lah. Akhirnya aku dan Didi pun tengoklah cerita Despicable Me.

Best gak cerita ni. Korang dah tengok lum?? Gi2 tengok. Aku sokong sebab berbaloi2..hihi. Lagi syok kalau dapat seat tengah2.


Habis tengok wayang, singgah Guardian. Rancang nak beli Toblerone jek. Last2 benda lain yang beli. Toblerone tak beli. Hampeh aku ni..xoxo

Tu perkara biasa jadi kan kat korang gak kan..lalaalla~

Aku beli 2 benda ni. Yang Thermal Spring Water tu dah guna. Best2. Yang cleanser tu belum lagi. Dah cuba nanti aku komen:)

Yang best nya Thermal Spring Water ni sebab main spray2. Sejuk jek rasa. Lepas dah cuci muka, aku spray. Kalau tension2 pun aku spray gak kat muka. Bagi segar balik. Stay up malam2 rasa macam dah penat sangat, aku spray gak. Rasa segar dan hilang sikit penat.

Yang cleanser ni entah bila nak pakai. Cleanser sekarang tak habis2 lagi. Tu lah tamak takut tak sempat beli baru, yang lama dah habis. Last2 sekarang cleaser ni buat hiasan dalam almari..hehehe



Nak balik tuh, gelabah ok aku. Tiba2 aku sedar tiket parking Jusco aku takde dalam handbag. Hilang!! Patah balik kat semua tempat aku pergi pun takde. Siap masuk check dalam wayang pun takde. Semua tempat pun takde. Aku pun tak sedar bila tercicirnya. Ape ke bala tetiba ni..huhu. Merata cari tak jumpa.

Last2..jalan terakhir. Pergi kaunter servis Jusco, dorang bagi kad baru. Melayang 20 hinggit!! Tak pasal2 tapi memang salah sendiri. Redha jek lah.

Didi baik ok. Dia nak share bayar. Tq tau Didi

Lepas ni pergi Jusco, tiket parking simpan elok2. Tapi kalau memang nak sedekah 20 hinggit tak pe lah:P





20.2.10

Memang berkesan atau kebetulan?

Aku tertanya2 la. Tapi takla sampai mengganggu hidup pun.hihi..Cuma aku rasa lepas ni aku kena cuba lagi untuk buktikan keberkesanannya..ceh..;p

Ceritanya camni..semalam aku sakit senggugut. Kira teruk gak la. Kira kalau yang biasa kena tu memang fahamlah camne rasanya. Nak terangkan cam susah la plak kan. Aku memang jarang la makan pil ke apa2 ubat. Selalu layankan jek. Paling2 pun letak bam ke..

Tapi malam semalam cam kronik lak sakit nya kan. Sampai aku nak tidur pun susah. Baring dari pukul 11 lebih..tapi sampai ke pukul 2 tu tak tertidur2 gak. Minum air panas pun tak jalan. Tapi entah macam mana ntah, tetiba aku teringat aku ada minuman ni..

Brands Innershine. Pati Prune & Quince

Innershine pati prune dengan pati buah quince. Aku memang ada beli. Tapi tak minum setiap hari la. Dua atau tiga hari sekali la. Sebab budget lari kot kalau minum tiap2 hari..hihi..Tapi aku suka minum sebab rasa sedap. Yang pati beri pun sedap. Tapi bulan ni aku tak beli. Kira tukar2 la dengan pati quince.

Aku pun capai la satu pati prune. Minum..dalam setengah jam camtu sakit aku makin lama makin hilang tu. Terus aku rasa selesa nak tidur..

Berkesan ke kebetulan..Rasa2 nya??


29.1.10

Kenapa banyak sangat yang berkenan bila pokai??

Aku tak taulah kenapa. dulu aku ok jek kalau bab2 nak menahan nafsu ni. kalau ada yang berkenan tapi duit tinggal sen2 jek..aku leh jek lupakan. tak jadi beli. tapi sekarang dah lain lak jadinya. mungkin sebab dah lama aku tak shopping secara besar2an kot.huhu..tetiba menyesal lak jadi student. kalau kerja kan dah ada duit sendiri boleh shopping sesuka hati.hihi..tak baik2.tarik balik la perkataan menyesal tuh;p

duit elaun aku dapat jek tiap2 bulan. tapi seciput jek la. tak boleh nak beli bukan2 sangat. da lah aku ni makan banyak. kalau duit makan tu kurang, aku kaya lah sikit kot. tapi tak boleh la. tak cukup makan nanti pitam lak.huhu. jadinyaa..biarlah makan. tak payah shopping pun tak apa la..

kadang2 rasa jeles gak tengok orang lain yang duit melimpah ruah ni. sesuka hati jek nak beli apa2. tapi aku tak boleh la..disebabkan itu, aku tengah sibuk kumpul duit ni. ada tiga benda yang aku target nak beli tahun ni. barang biasa jek tapi bagi aku luar biasa la sebab aku tak leh nak beli..haha

Barang pertama:
dari dulu kot mimpi nak pakai Clinique..tak terbeli sampai sekarang.hihi. tak ada lah mimpi pun. ayat nak lebih. tapi aku betul2 nak cuba produk ni. entah sesuai ke tidak dengan kulit aku..tapi tak kira lah. nak gak try!

sekarang aku pakai sabun susu kambing jek..tu jek yang mampu;p

ini kalau dapat beli pun best ni. aku dah try sembur2..bau2 kat Jusco haritu. berkenan lah dengan bau dia. banyak jek bau BurBerry lain. tapi ni yang best kot bila hidung aku bau. tapi ni tak penting sangat laa..ada duit terlebih baru beli

yang penting bau badan tak busuk..da ok kot..;P


Handphone pink ni la yang betul2 aku tengah usaha nak beli. dari dulu da berkenan. tapi bila tengok yang sekarang ok lagi..rasa membazir lak. tapi nak beli lah. tak kira cepat ke lambat. biarlah da ketinggalan zaman ke apa. mesti banyak jek latest handphone yang keluar nanti. tapi kalau yang ni gak aku suka..beli ni gak la.hihi..

warna pink tuh..tapi comel..nanti aku pun jadi la comel gak bila pakai handphone comel..hahaha..

habis entri berangan di hari cuti Thaipusam..