20.1.10

Surat untuk sahabat

Entri ni khas Cik Nadia yang aku kenal lebih 5 tahun dulu..eh tapi korang pun baca gak la tau;p

Sempena Cik Nadia nak berpindah ke kuantan ni..sila lah baca kata-kata pesanan dari kawan mu ini..ceh..nanti lepas baca ko bolehlah pindah ke kuantan dengan senang hati. tak payah nak risau apa-apa dah.hihi

Kawanku,
ko ingat tak lagi macam mana kita boleh kenal, rapat, akhirnya berkongsi masalah. suka dan duka..ko ajak aku join kelab kaunseling dan kerjaya (KKDK)..lepas tu promote kat aku kelab ni best. banyak aktiviti2 yang boleh dibuat. senior2 baik2. rasa macam hepi sebab tak rasa macam ada gap antara senior-junior. nanti dapat pergi jalan2 sambil buat aktiviti. lepas tu aku cakap aku tak ada kawan kat kelab tu. nanti aku nak kawan dengan siapa...lepas tu ko cakap kawan dengan aku la..beria2 la ko promote suruh masuk kelab tu macam ko da join lama jek. padahal baru berapa hari..hihi. tapi ok. aku terpengaruh dan ikut ko masuk kelab tu.

lepas masuk kelab tu, aku dengan ko makin rapat. walaupun sebenarnya bila kat kelas, ko ada geng ko sendiri, aku pun ada geng aku sendiri. tapi bila ada aktiviti kelab, kita rapat. aku cari ko, ko cari aku bila sama2 rasa berminat nak join apa2 aktiviti kelab. disebabkan ko peramah terlebih dari aku..
ni betul tak tipu.hihi, ko lah yang banyak kenalkan aku dengan senior, kawan2 kelab yang lain. sebab ko jugaklah aku tetiba banyak kawan. nak pergi mana2 pun, ko mesti tak lupa ajak aku. sampai kan kawan ko pun da jadi kawan aku..;p memang best la masa tu

masuk tahun dua, tetiba aku ter berkenalan dengan seorang lelaki. yang akhirnya aku bercinta dengan lelaki itu. cinta pertama aku. aku banyak habiskan masa dengan dia. sampai sanggup tak join aktiviti sama2 dengan ko sebab nak join aktiviti yang lelaki tu join. ko sokong jek bila aku pilih lelaki tu kan. aku tak tau sebenarnya dalam hati ko berkenan ke tak, tapi mungkin sebab aku ni kawan ko, aku dah suka kat lelaki tu, ko pun redha terima jek la;p kadang2 ko membebel gak, tapi aku tak pernah ambil serius. bila bosan, aku cari ko balik. ajak temankan aku pergi jalan2 ke apa ke


satu ketika, ko dapat jadi pengarah KENARI. sepatutnya aku sokong ko la kan. ikut serta program tu sebab ko dah bersusah payah buat. memang aku pun dok tunggu aktiviti tu dari dulu lagi. tapi aku tak join..sebabnya..lelaki tu ajak aku join aktiviti daki gunung. aku pun cakap dengan ko aku tak jadi join, aku tau ko kecewa tapi sebab aku kawan ko, ko ok jek. taknak paksa2 ke atau buat aku rasa bersalah.


tapi jodoh aku dengan lelaki tu tak panjang. aku dan lelaki tu putus hubungan. masa bulan puasa lak tuh. lepas putus tu, aku jadi down sangat. orang sahur aku tak sahur, orang buka puasa aku buka gak. tapi sikit jek tu pun sebab kena paksa dengan ko. aku ada janji nak bagi lelaki tu baju melayu, nak pakai sama2 masa raya. tapi bila da putus, abaikan jek la janji tu kan. tapi aku nak bagi gak. sebab aku da niat. ko walaupun bising2 cakap tak payah, tetap gak teman aku pergi carikan baju melayu tu. aku tau ko tak suka aku buat camtu, tapi aku buat gak..


masa da nak abis belajar, kita sama2 plan nak buat MSc. sama2. aku nak buat dalam EE lagi tapi ko nak buat MBA. dah janji sama2 ni. abis belajar. aku dapat kerja, ko pun dapat kerja. lepastu aku dapat offer sambung MSc. kat sini, ko lak teruskan kerja. aku tau ko memang masih berniat nak buat MSc. tapi tak berkesempatan sampai sekarang. banyak urusan yang ko nak selesaikan..


tiba2 ko dapat tau ko dipindahkan ke kuantan. ko gembira nak pergi sana. dapat pengalaman baru, dapat kawan2 baru, lagi dekat dengan kampung lak tu. aku tau ko suka. tapi bila fikir kawan2, ko jadi keliru kan. tak dapat da nak lepak sama2. tak dapat da aku tumpang rumah ko bila ada kursus ke apa. sebab ko dah makin jauh. ko teringat lak janji kita. nak sambung MSc. nanti dah pindah kuantan, makin banyak la halangan nak sambung belajar. ko risau kan kalau janji ko tak tertunai??


aku nak ko tau satu jek. aku percaya ko akan sambung MSc. satu hari nanti. Allah jek tahu bila. kita cuma merancang. tak semua yang kita rancang akan berjalan selancar yang kita nak. halangan tu perkara biasa. jangan sekali2 salahkan diri sendiri. jangan rasa kecewa dengan diri sendiri. masanya akan tiba. ok my darling?


lastly, semoga berjaya di kuantan. jaga diri baik2. jangan lupa keluarga, kawan2 ko. ada masa call@ mesej ok. aku tak merajuk pun kalau ko tak sempat contact aku. aku kan baik. mana ada nak merajuk2 ni.haha..selamat berpindah dengan senang hati. sorry aku tak tolong ko kemas2 barang ke apa.


lagipun kalau ko tak ada, aku kan dah ada bear comel pengganti ko. tapi bear ni bulat gemuk la. ko lak sekeping. hahaha. cepat2 naikkan sikit badan ko tu. kalau bulat gemuk cam bear ni kan lagi comel..:p

InsyaAllah ada masa, rezeki lebih, aku pergi lawat ko kat Kuantan. maklumlah aku ni belajar lagi. duit tak berapa nak ada..nanti aku angkut semua kawan2 kita yang ada. biar cam rombongan meminang ko lak.hihi

terima kasih ye cik nadia..akan ku jaga bear ni baek2. cam aku jaga ko dulu masa kat utm.hihi..baek la sangat kan aku jaga ko dulu. ni kira kenangan dari ko la kan. rindu2 ko nanti aku hug bear ni jek la. tapi jangan jeles lak kalau tetiba aku lagi banyak hug bear Ari..:p nanti da pindah kuantan, makin la jarang2 kita jumpa..aku doakan ko senang sesuaikan diri, jaga diri baik2, jangan lupa call ummi ko tiap2 hari. tak call aku tiap2 hari tak apa..haha..

Good luck ye Cik Nadia..Allah sentiasa bersama ko. jangan lupakan Dia sudah..





10 comments:

  1. jgnla nangis. nanti aku nangis skali.huhu

    ReplyDelete
  2. salam singgah dan salam kenal
    thanx follow my blog
    apepun, persahabatan itu cukup manis
    semoga persahabatan kalian berkekalan
    biar jauh di mata, tp sentiasa dekat di hati

    ReplyDelete
  3. salam kenal too!!;)
    i'Allah..tul tu.jauh di mata dekat di hati kan.hihi

    ReplyDelete
  4. simpan segala kngn terindah moga mnjadi pengubat rindu..

    ReplyDelete
  5. mmg kne simpan. kenangan berharga tu;)

    ReplyDelete
  6. msti cik ijan rapat gla2 ngn cik nadia tuh kan,.,

    smoga persahabatan bpnjgn.,

    ReplyDelete
  7. rapat la.tp skrg da jrg sgt2 jmp. dok jauh2. tq ye cikTi=)

    ReplyDelete
  8. ~ dimana pun aku...kau sentiasa dekat. aku dah nangis pun, jom nangis sama2... btw, this is more than a surprise yg u dah plan tapi xjadi tu.. haha... twin dah bgtau.

    ReplyDelete
  9. haha.twin ko ni mmg xleh simpan rahsia la;p

    ReplyDelete