6.4.10

Pink ke Maroon? konpius!

Sebenarnya rasa macam dah nak terjun jek ke katil ni. Tido...Ngantuk sesangat!! semalam dah la satu malam tak boleh tido. Ingat nak qada' tido siang tapi tak berjaya. Dapatla tido sejam jek dalam masa 24 jam. Ok lah tu..;p

Tapi tetiba baca email kawan aku bagi komen tanya nape blog dah bersawang2..bersawang ek?? Lama gak kan aku tak update. Ingatkan nak bagi lagi lama. Tapi sebab Cik Nadia tersayang, aku update sekarang gak..hahaha..

Masa kawan aku balik Jogjakarta dua minggu lepas, aku ada pesan kat dia beli satu baju kebaya untuk aku. Plan nya nak pakai masa raya lah. Aku bagi duit seratus pastu bagitau nak kaler pink. Aku macam perasan baju aku sekarang ni banyak warna kuning jek. Entah aku pun pelik. Sekarang kat mata aku macam lawa jek warna kuning tuh. Sepatutnya aku suka warna pink. Apsal dah tukar ni...ke sebab perubahan hormon ke apa?? haha..rasa tak ada kaitan!!

Kawan aku memang belikan la kebaya warna pink. Menepati la ciri2 yang aku nak. Aku dah pesan tak nak kain jarang, tak nak ada manik2 bling2, tak nak kain yang nampak murah..yang cantik la senang cerita. hehe..aku malas kalau kain jarang ni. Nak kena lining la apa la. Leceh..Nanti pakai jarang2 rasa macam bagus free hair. Tak pasal2 aku free hair semula kang;p

Ni lah kebaya pink yang kawan aku beli. Cantik??



Yang menjadi masalahnya sekarang..kawan aku belikan aku dua kebaya. Lagi satu warna maroon. Bab kena tambah duit tu tak kisah la sangat sebab tak banyak sangat. Masalahnya..tak kan la aku nak pakai dua2 kebaya ni. Buat apa banyak2 kebaya. Leceh kot kalau pakai hari2 biasa. Dah macam control ayu lak nanti. Aku pun plan nak pakai masa raya jek. Corak sulam pun sama..

Ni yang warna maroon..
Cerita dengan akak aku, dia ok nak beli salah satu. Pastu aku pulak sekarang yang pening. Konpius. Nak bagi dia yang mana satu ek. Dua2 pun aku suka. Dua2 pun cantik. Dua2 pun macam ayu. Dua2 pun warna yang aku suka. Tapi aku nak satu jek. Hajat memang nak pink. Tapi maroon..aku macam nak gak!

Pink ke maroon ni??

Tolong aku jap pilihkan yang mana satu..





6 comments:

  1. pink pink pink.maroon tu gelap

    ReplyDelete
  2. kalo akak amik maroon..lawa..baru ngancam jenjalan raya nanti

    ReplyDelete
  3. hihi. mne satu nk plih ni. satu pink satu maroon:)

    ReplyDelete
  4. nmpkny kne amik maroon ni. thanks ye kwn2=)

    ReplyDelete