23.6.10

Hari pertama ESTCON 2010


ESTCON 2010 ni ada tujuh conference yang berjalan serentak kat KLCC. Yang aku join namanya ICIAS 2010, International Conference of Intelligent and Advanced Sciences. Aku present satu paper jek. Tak terlarat nak hantar banyak2 paper. Lagipun result pun tak banyak..;p Kalau ada banyak paper sebenarnya lagi bagus sebab mungkin senang sikit masa viva nanti. Orang kata laa..Aku lum viva lagi. Jadi tak tau..heh

Ini conference kedua aku pergi untuk tahun ni. Bulan dua lepas aku ada join International Conference on Electrical Engineering (ICEE) kat Penang tapi tak update kat blog ni sebab takde kamera. Gambar sekeping pun tak de..jadi, malas lah..hehe. Kat ICIAS 2010 ni pun guna kamera Yan. Kamera aku kat rumah, adik aku guna. Aku kan kakak yang baik..haha..tu tipu

Hari pertama ni biasalah. Ada perasmian sebelum mula conference2. Tetamu VVIP Tun Dr. Mahathir. Tepat pukul 9 pagi majlis mula. Takdelah kitaorang tertunggu2 VVIP. Selalu majlis kan macam tu..Mungkin sebab VVIP kali ni memang punctual kot. Sebab tu lah pemimpin2 negara luar pun hormat kat Tun Dr. M ni. Tun Dr. M siap bagi talk lagi pasal Towards Sustainability: Bridging Engineering, Technologies and Humanities.



Talk dari Tun Dr. M ni kiranya memang banyak lah info yang kita boleh dapat. Beliau banyak cerita apa kesan2 teknologi kalau kita salah guna. Internet boleh dikatakan medium paling luas nak menyebarkan sains dan teknologi. Sampaikan nak cipta resepi bom pun kita boleh dapat senang2 dari internet. Yang penting, kita kena dapat bezakan mana baik dan tak baik. Sains dan teknologi bermanfaat kalau kita gunakan sebaiknya.


Tun Dr. M semasa bagi ceramah.

Masa beliau bagi ceramah ni, penuh gila dewan. Mungkin semua orang pun nak dengar dan jumpa Tun Dr. M. Eh lupa nak bagitau. ESTCON 2010 ni dihadiri oleh pelbagai reseachers dari 58 buah negara. So, boleh lah bayangkan betapa padatnya orang masa majlis perasmian ni. Habis perasmian, conference2 pun mula. Ada yang present oral dan poster. Yang oral dalam bilik2 khas, poster lak kat foyer aras 3 KLCC



Ini conference2 yang terlibat. ITSim'10, ICPEAM 2010, ICIAS 2010, ICPER 2010, ICSBI 2010, ICFAS 2010 dan ICIPEG 2010. Conference2 ni berlangsung kat aras 3 dan 4 Convention Centre. Conference2 ni terbahagi ikut kategori2 research. Yang ITSim tu untuk multimedia dan information technology, ICFAS lak tuk Fundamental and Applied Sciences, ICIAS berkaitan dengan Electrical Electronik Engineering, ICSBI pasal Civil Engineering, yang lain tuh..aku dah lupa. Kena tengok buku program dulu..hehe..sori2

Nanti aku sambung lagi...





2 comments:

  1. wah bestnya..... proud of u. mana gmbr u present mcm yan?

    ReplyDelete
  2. gmbr i present xde pn.xde org nk amikkan. sumer busy. huhu

    ReplyDelete