22.8.11

Iftar bersama KKDK-mate

Selalunya bila puasa, aku kat Perak. Susah sikitlah nak join kalau kawan2 ajak iftar sama2. Bolehlah nak join tapi nak kena travel agak jauh. Selalunya aku buat keputusan taknak join jek lah. Nasib baik tahun ni lain sikit. Kebetulan aku berkursus kat Bangi dan ada 2 jemputan iftar. Bolehlah join;)

Ini iftar pertama. Kawan2 kelab masa belajar kat UTM dulu. Nama kelab ni KKDK (Kelab Kaunseling dan Kerjaya) tapi ada banyak gaklah versi KKDK yang orang bagi. Ada yang panggil Kelab Kenal dan Kahwin sebab ramai ahli kelab ni yang jumpa dan berkahwin sesama ahli kelab..haha. Tapi ada gak yang Kelab Kapel dan Klash sebab ramai gak yang bercinta sesama ahli tapi putus:P

Aku termasuk dalam yang mana? Haha..dua2 takde kaitan kot.

Iftar ni buat kat PICC, hari Isnin. Konon2 Isnin tak ramai orang..sekali....ramai ye! Nak amik makanan beratur panjang gila. Kepala yang merancang majlis iftar ni Musyris. Dia lah yang plan, book, etc. Yang lain tau datang, bayar, makan..hehe

Eh, tapi lagi banyak borak sebab lama tak jumpa.



Ini bukan pasangan 'KKDK'. Rasanya lah. Aku 1st time jumpa gf Rahimi ni. Hihi



Yeay..'peace' sambil makan.



Bersama handbag dan aksesori tambahan (read: baby)




Bakal bapa dan bakal suami. Tapi yang bakal suami ni masih single n available. Haha..ada yang berminat??;p



Dua dari O&G, sorang lagi agen insurans.



Perempuan sahaja





Bergambar sebelum bawa haluan masing2.


Jumpa lagi tahun depan!!~
Iftar kedua belum dapat gambar. Inilah masalahnya nak update blog tapi takde kamera. Kenalah tunggu gambar dari kawan2 lain..huhu


No comments:

Post a Comment