29.7.10

2 tahun!

Sekarang dah 12.37am, 29 Julai 2010. Bersamaan jugak dah 2 tahun genap aku belajar di utp tercinta ni..tercinta sangat!!

Terlalu banyak lah kenangan pahit manis di sini. Mungkin sekarang ni aku rasa tak sabar2 nak tinggalkan tempat ni, tapi aku rasa mungkin aku akan terindu2 tempat ni bila aku dah habis belajar kat sini. Tempat ni lah yang mengajar aku jadi betul2 dewasa..betul2 matang untuk menghadapi pelbagai ragam kehidupan. Tak salah aku rasa nak cakap utp ni tempat minda aku 'membesar':) Kesabaran aku pun banyak teruji kat cni

Apa yang aku boleh list kan ek? Banyak sangat sebenarnya benda2 yang jadi kat aku tapi antaranya:

  • tak boleh tidur malam hampir dua bulan
  • sakit tapi tak tau sakit pe, last2 kena cuti belajar, balik berubat kat umah
  • dapat 2 ex-rumet dan 1 rumet
  • dapat 7 ex-housemate. Banyak kan??
  • masa simposium 1st dan 2nd kena hentam gila2 sampai rasa nak nangis kat situ gak. Balik bilik nekad nak berhenti! tapi aku masih kat sini gak sekarang..hehe
  • ada co-SV yang aku takut gila nak jumpa sampai sekarang sebab sesuatu 'hal'
  • aku sampai sekarang simpan lagi mesej2 SV aku dulu yang selalu ambil kesempatan kat aku untuk buat kerja2 yang tak sepatutnya. Bukan berdendam ke nak saman dia ke apa. Cuma mesej2 tu kenangan aku..hihi
  • jurnal aku kena reject.haha..jadi isu besar lagi kat director PG ofis
  • makin dapat bezakan kawan dan lawan
  • bela dah banyak ekor ikan tapi semua mati. Sekarang ada 2 ekor ikan puyu peneman setia aku (^.^)
Banyak lagi lah. Yang sangat2 pahit biar aku simpan sendiri ek. Hehe..Jom tengok gambar lak;p


Inilah library. Mula2 masuk, aku pun kagum gila. Sekarang biasa2 jek..kikiki

Ini lakonan semata2. Aku bukan selalu di library. Sejuk gila sampai gigil2. Baik dok bilik:P

Ini masjid UTP. Aku selalu jejak. Tapi masa bulan puasa jek lah. Sembahyang terawih. Bulan lain ada ke??Takde rasanya..hehehe

Ini pentas dalam Dewan Cansellor. Bagi yang tak tau, Cansellor UTP ialah Tun Mahathir:) Pelajar2 utp memang rajin buat macam2 aktiviti. Bagus!

Ini 'seat'2 dalam Dewan Cansellor. Ada 3 tingkat. Kalau masa musim periksa, semua kerusi2 ni boleh lipat biar dewan ni luas dan kosong

Cukuplah tu kan. Kalau tengok sendiri lagi cantik. Meh2 pakat datang utp ramai2. Sementara aku de ni leh la jadi tourist guide:P

Oh, lastly. Terima kasih kat semua kawan2 aku yang masih bersama aku sampai sekarang. Terima kasih kerana mempercayai aku sebagai kawan. Terima kasih jugak dengan sokongan2 yang diberi. Terima kasih kerana menerima aku seadanya. Aku memang tak sempurna. Memang..




6 comments:

  1. cun siot library.. kalau PSZ dulu cun camgitu mesti aku rajin duk library.. pastu leh skor dekan tiap2 sem.. hahahha...

    ReplyDelete
  2. E!, nk g utp, nak nak, hehe..

    ReplyDelete
  3. nadia-hihi. cmtu jom lah smbung mster kt cni. msti ko setahun jek da siap klu rjin dok library:P

    shu-mehla dtg utp:)

    C-jom2 dtg. aku sntiasa mnanti.hehe

    ReplyDelete
  4. hahahha..setahun je dah abes eh. itu kalau duk library wat master la kan. lau duk main FB je sempat x abes setahun?

    ReplyDelete
  5. sempat gak kot bis. tapi bukan bis mster. bis jelajah tronoh ni.hehehe

    ReplyDelete