27.1.11

Bagi motivasi sikit

Memang bencinta lah dengan internet utp sekarang. Gila teruk! Dah dekat seminggu macam ni. Ada yang kata kena tukar proxy. Dah tukar pun kejap jek ok. Pastu gila. Pastu ok. Lama2 aku yang bengang. Tutup jek lah internet ni. Tu yang tak update blog tuh.

Ok tak alasan ni?Hehe..

Ni kisah 15hb lepas. Kem motivasi untuk anak2 staf Petronas. Anjuran Biro Pendidikan Petronita. Peserta dekat 2 ratus orang, terdiri daripada 3 kumpulan. Kumpulan nak ambil UPSR, PMR dan SPM. Ramai gila yang join aku rasa sebab bayaran murah sangat. RM10 seorang. Yang cuma dapat cover makanan peserta jek. Makan dah 3 kali sehari. Yang lain2 duit2 lecturer2 utp yang murah hati sedekah:p

Tajuk bengkel motivasi ni 'Facebook vs Faithbook'. Ke sebab tajuk ada fb, ramai budak2 suka. Mungkin jugak kan..hurm..Sehari jek bengkel ni dari 8am sampai 5pm. Aku jadi fasi. Ada berapa orang ek fasi. Lupa dah. Rasanya 6 orang. Jadi fasi uruskan 1 aktiviti jek. Pastu tolong2 apa yang patut. Yang lamanya ceramah pasal fb vs faithbook ni laa..



Ini tukang bagi ceramah. Aaron Ikram Mokhtar dari Cyber Security Malaysia. Kenal tak?? Aku kenal. Bangga lak tiba2. Haha...Aaron ni salah seorang finalis The Biggest Loser season 1. Kalau yang follow program tu mungkin cam lah..

Aaron ni banyak cerita. Macam2 kisah ada kaitan fb dia cerita. Dan langsung tak bosan sebab dia bessssssttttt...kelakar! Tu yang semua fasi pun khusyuk dengar ceramah dia. Tak caya tengok gambar bawah ni:p



Kat pertengahan aktiviti tu, adalah kena buat exercise sikit bagi budak2 ni segar. Lepas tu sambung dengan aktiviti yang di handle fasi. Aku dengan Yan dan Tiah. Handle grup pelajar2 UPSR. Macam2 gaya ada..suruh bergerak bebas boleh siap2 langgar dinding. Cita2 nak jadi manager estet. Kelas ok! Aku umur2 dorang ni cita2 standard budak2 lagi. Cikgu, doktor, pilot. Tu pun tak tau apa2 sebenarnya.



Fasi, abang Keyrel tengah buli budak2. Lepas tu budak2 kena bebel sebab tak ikut arahan dia. Gila garang abang ni. Haha






2 comments: